OUR STREAMERS

"Saya yakin kita bakal mendapatkan pingat dan pingat gangsa bakal dalam genggaman," Itulah kata-kata keyakinan pemain RSG SLATE Izanami yang terpilih sebagai pemain MLBB di Sukan Sea.

Sukan Sea 2023 bakal diadakan di Kemboja pada Mei ini dan barisan skuad MLBB kali ini dipilih melalui pemilihan secara individu berdasarkan prestasi mereka sebelum dan ketika pemilihan Sukan Sea.

Menurutnya dia teruja dipilih dalam skuad berkenaan bersama salah seorang lagi pemain RSG SLATE Rippo.

"Sangat teruja dan yakin barisan pemain yang ada mampu memberikan sesuatu buat Malaysia.

"Saya boleh dapat ilmu baru dari pemain malah juga dari jurulatih lain kali ini," katanya.

Antara barisan pemain skuad MLBB Sukan Sea, Momo (Exp Laner), Garyy (Jungler), Chibii. (Jungler), Izanami (Mid Laner), CikuGais (Gold Laner), Xorn (Roamer), RIPPO (Exp Laner) dan barisan kejurulatihan PABZ (ketua jurulatih), Ozoraveki (pembantu jurulatih) dan Ajim (Analyst).

Ditanyakan mengenai adakah pemilihan Pabz Team Haq sebagai ketua jurulatih dilihat sebagai pilihan yang tepat buat skuad Malaysia nanti?

"Pabz dari musim lepas berjaya membawa pasukan HAQ dari peringkat kelayakkan sehingga menjadi juara MPL musim lepas pasti ada 'resepi kejayaan' disitu.

"Tak sabar nak tahu cara dan apa yang bakal diarahkan oleh barisan kejurulatihan nanti," katanya.

Adakah anda sudah bersedia? 12 pasukan MLBB terbaik meliputi Asia Tenggara, MENA, Amerika Utara, dan Turki akan berhimpun dan bertarung untuk kegemilangan esports yang berprestij.

Dengan begitu banyak bakat yang dipamerkan, MSC 2023 tahun ini dilihat lebih inklusif berbanding musim sebelum ini.

Bermula dari 10 Jun hingga 18 Jun 2023 temasya itu akan diadakan dan lokasi masih lagi belum diketahui.

Tahun lepas Malaysia menjadi tuan rumah untuk MSC2022 dan pasukan RSG PH menjadi juara pada edisi itu.

Kali ini, Malaysia hanya mendapat satu slot sahaja pada temasya kali ini dan pasukan mana yang bakal mewakili Malaysia ke MSC2023.

Mampukah pasukan yang bakal menjuarai MPLMYS11 memberikan 'sinar baru' buat tanah air kita? Sama-sama kita nantikan siapa bakal juara MPLMYS11.

BERBAKI tiga hari saja lagi, tirai musim liga MPLMYS11 akan dibuka dan kesemua pasukan sudah melengkapkan barisan nama pemain bersama barisan kejurulatihan.

Pasukan terakhir mengumumkan barisan pemain mereka adalah pasukan SECRET yang mendapatkan slot selepas pasukan Orange Esports mengundurkan diri.

Musim ini dilihat kebanyakkan pasukan mengambil pemain dan jurulatih dari Filipina untuk memberikan saingan.

Hanya pasukan Yoodo Red Giant dan Madness Gaming saja yang menggunakan pemain tempatan.

Pasukan Todak membuat kejutan dengan memenuhi slot pemain dan akan melakukan rotasi pemain berdasarkan prestasi pemain.

Kembalinya pemain OG pada musim kali ini, Soloz membuat kejutan dengan kembali untuk beraksi bersama pasukan HomeBois.

Ada yang mengatakan kemasukannya hanya sekadar strategi pemasaran namun dakwaan itu disangakal oleh pemilik HomeBois Daddyhood yang menyatakan Soloz akan beraksi bukan sekadar 'marketing'.

Bekas juara, pasukan HAQ juga sudah mempersiapkan pasukan mereka dengan kemasukan pemain dari Filipina dan pemain harapan mereka Garry membuat 'U Turn' selepas didakwa ingin melanjutkan pelajaran.

Pasukan RSG MY, membawa masuk Rippo ke dalam pasukan yang sebelum ini dikatakan dirisik pasukan Todak.

Pastinya musim kali ini akan menjadi lebih sengit dan kesemua pasukan akan memberikan persembahan terbaik mereka.

Juara MPLMYS11 akan mewakili Malaysia ke MSC2023 dan pasukan mana yang akan bergelar juara!

Itu luahan Ikuto atau Radzi Rahman, Pengurus Pembangunan E-Sukan Todak mengenai penyertaan pasukan dari benua lain yang bakal beraksi di MSC2023 selepas pengumuman dari pihak Moonton.

"Hilang eksklusif pertandingan, yang sepatutnya bertanding adalah pasukan dari rantau Asia Tenggara dan jika benua lain juga menyertai hilang serinya," katanya.

Menurutnya, Malaysia juga turut kehilangan satu slot yang semestinya memberi tamparan buat pemain dan pasukan.

"Kemasukkan pasukan dari benua lain juga mampu memberikan tentangan besar buat pasukan tanah air dan bakal memberi tekanan pada pemain.

"Nama pertandingan ini perlu diubah dan bukanya MSC2023 lagi kerana sudah tidak relevan apabila pasukan dari luar benua menyertainya," katanya.

Walau bagaimanapun, dia akur dengan keputusan itu dan MPL Malaysia hanya mendapat satu slot memandang perkara itu lebih positif untuk peningkatan pasukan Malaysia.

"Bila mengetahui perkara itu, saya memandang positif dan musim ini pasti akan lebih sengit. Pastinya semua pasukan akan bermain lebih bersungguh pada musim ini untuk menjadi juara dan layak ke MSC2023," katanya.

Tanda tanya siapa pemain ke-6 pasukan Homebois akhirnya terjawab apabila satu video dimuatnaik membabitkan barisan pemain MLBB dan PUBGM di Youtube mereka sebentar tadi.

Di minit terakhir kemunculan Soloz di dalam video itu dengan kehadiran menaiki Vespa dan mengantikan pemain yang mengalami kecederaan ketika bermain futsal.

Menurutnya, jangan menetapkan harapan yang terlalu tinggi padanya kerana dia hanya pemain gantian untuk pasukan HOMEBOIS.

"Saya pun jarang turun latihan dan saya pun hanya pemain simpanankan, hanya simpanan mana main sangat," katanya.

Dalam satu podcast Daddyhood bersama Analyst HOMEBOIS Saiful yang memberi gambaran siapa yang akan menjadi pemain ke-6 adalah Soloz kerana ciri-ciri pemain itu.

Di dalam podcast itu juga, Saiful mendakwa Soloz banyak bertanyakan apakah hero yang bagus dalam patch terkini memberi gambaran Soloz sedang melakukan persiapan.

SOLOZ ATAU FREDO PILIHAN ANDA?

Dua nama ini menjadi sebutan peminat apabila khabar angin pemain keenam Homebois merupakan seorang 'OG' dan rata-rata peminat sudah mula berteka teki siapa gerangan pemain itu.

Persoalan demi persoalan dan nama-nama OG sudah mula dikaitkan apabila podcast pemilik HOMEBOIS, DaddyHood mendakwa pemain itu adalah seorang yang disegani peminat.

Kepastian pemain itu masih menjadi tanda tanya dan jawapannya masih terkunci dari pihak pengurusan Homebois sehingga kini.

Persoalannya mampukah pemain itu memberikan impak kepada pasukan HOMEBOIS pada musim kali ini?

P/S: Penulis buat rumors bertempat tau sebab dah tahu siapa pemain tu..hahaha

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)