OUR STREAMERS

Kebangkitan pasukan Homebois baru-baru ini didakwa atas keserasian pemain dan jurulatih pasukan itu yang turut bermain menentang Team Lunatix 2-1.

Namun kejadian itu menjadi siulan dan bualan peminat apabila jurulatih boleh bermain sebagai salah seorang pemain.

Menurut kenyataan Moonton, jurulatih boleh dijadikan pemain ini kerana mereka merupakan barisan nama 'rooster' yang aktif.

"Dibawah peraturan 5.2.2 pemain/ketua boleh beraksi untuk pasukan berdasarkan persetujuan bersama," katanya.

Adakah kita bakal menyaksikan jurulatih pasukan lain turut beraksi pada minggu seterusnya?

Persembahan yang sungguh menakjubkan dari pemain Orange Esports, Stormie apabila berjaya mendapat dua MVP pada perlawanan menentang Red Esports.

Apa yang dimaksudkan dengan 'Cuman' adalah perkataan dari Indonesia yang bermaksud cuma tahu satu hero yang sering dilemparkan kepada pemain itu.

Menurutnya, pemilihan hero Grock dan Cecilion memberikan dia peluang membuktikan dia juga mampu bermain hero lain.

"Ternyata pemilihan hero itu membuahkan hasil dan memberi kami kemenangan walaupun tewas pada perlawanan pertama," katanya.

Perlawanan hari pertama minggu kedua antara Orange Esports dan Red Esports berkesudahan 2-1.

Perlawanan antara Team Haq dan Team SMG berlangsung dengan penuh debaran apabila kedua pasukan tidak mahu mengalah tanpa mempamerkan aksi terbaik mereka.

Namun, kesabaran dan masa yang tepat untuk melakukan serangan terhadap pihak lawan digunakan sebaiknya oleh Team Haq yang memperoleh kemenangan 2-1 ke atas Team SMG.

Perlawanan pertama Team SMG memperoleh kemenangan terhadap pasukan lawan yang sering melakukan kesilapan yang sama dan pemain Hate SMG sangat mendominasi pada perlawanan itu.

Di perlawanan kedua, Team Haq juga mahukan kemenangan dan berjaya memberi tekanan kepada pasukan lawan dengan penggunaan Valentina Mannn membantu pasukan itu untuk meraih kemenangan.

Perlawanan penentuan, sekali lagi Mann diberikan hero Valentina dan jelas penggunaannya terhadap hero ini memberikan mimpi ngeri buat Team SMG.

Kini Team Haq memperoleh dua kemenangan dengan kutipan mata keseluruhan lima mata dikumpulan A manakala Team SMG memperoleh satu mata pada perlawanan itu.

Semalam isu perlawanan penentuan bagi Team SMG dan RSG MY berlaku tiada 'Retribution' dipilih oleh pemain RSG MY menjadi tanda tanya.

Dalam satu kenyataan pihak Moonton berkata perlawanan dihentikan disebabkan kesilapan pemain dengan memilih 'spell' yang salah, dan ia bukan masalah 'bug'.

"Setelah disiasat dan seperti yang disahkan dengan marshal kami sepanjang tiga fasa (memuat, ban-pick dan dalam permainan), spell itu tidak dipilih dengan betul oleh pemain itu sendiri," katanya.

Dengan kejadian itu, pasukan RSG MY bermain tanpa spell yang sepatutnya dan mungkin antara punca kepada kekalahan pertama mereka pada musim ini.

Hari ini akan berlangsung hari terakhir minggu pertama musim liga Mplmys10.

Jelas keserasian antara dua pemain Todak Rival dan 4Meyz dapat dilihat apabila dua pemain itu meranapkan harapan pasukan Suhaz Esports untuk meraih mata dalam perlawanan pertama sebentar tadi.

Dua pemain berasal dari Kelantan ini, menunjukkan satu corak permainan yang agresif walaupun masih baru bersama.

Penguasaan Rival menggunakan hero Ling sebagai Jungler dan penggunaan Yu Zhong 4Meyz berjaya mengucar kacirkan corak permainan pasukan lawan.

Dilhat beberapa kali kombo 'Klate' ini membuahkan hasil dengan menumpaskan lawan dan memberi kelebihan pada pasukan mereka.

Suhaz Esports walaubagaimanapun tetap memberikan tentang kepada pasukan Todak namun jelas kurang pengalaman dalam pertandingan kompetitif ini membuatkan mereka akur dengan kekalahan.

Todak berjaya mendapatkan mata penuh untuk perlawanan kali ini.

Keputusan bagi mengetahui 10 pasukan yang akan berada di dalam kumpulan A dan B sudah diketahui.

Berdasarkan keputusan ini, rata-rata peminat lebih memberikan tumpuan kepada kumpulan A ini kerana bekas juara MPLMYS10 Todak berada dalam pasukan itu.

⚔️ Kumpulan A ⚔️
🅰️ TODAK
🅰️ SUHAZ ESPORTS
🅰️ TEAM SMG
🅰️ RSG MY
🅰️ TEAM HAQ
⚔️ Kumpulan B ⚔️
🅱️ ORANGE ESPORTS
🅱️ TEAM CARACAL
🅱️ RED ESPORTS
🅱️ HOMEBOIS
🅱️ TEAM LUNATIX

Tidak kurang juga kepada pendatang baru Team Haq yang rata-rata pemain mereka pada musim lepas dipinjamkan ke pasukan Orange Esports yang juga berjaya mendapat tempat kedua dan beraksi di MSC2022.

Dikumpulan A juga terdapat pasukan Team SMG yang musim ini membawa masuk pemain dari Filipina bagi menguatkan pasukan mereka.

Bagi kumpulan B pula, kehadiran pemain 'Otai' dalam pasukan Homebois kali ini dilihat mampu memberikan tentangan kepada pasukan yang berada di dalam kumpulan itu.

Pendatang baru, Team Lunatix pula antara pasukan yang wajar diberi perhatian kerana sehingga kini kemampuan mereka masih belum kelihatan.

Jadi pasukan mana yang akan meraih kemenangan pada minggu pertama?

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)