OUR STREAMERS

Memasuki musim kedua MEL22 penyertaan kekal tinggi pada tahun ini, terutamanya dengan penambahan kategori daripada 4 kepada 7 kategori tahun ini.

YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata wawasan daripada pengaktifan pertandingan ini adalah penting untuk memastikan dasar strategik oleh KBS dilaksanakan secara langsung dan lebih berkesan.

"Ini membantu kami menambah baik pendekatan strategik kami dalam mencipta dan memupuk bakat sukan elektronik baharu, dan untuk menjadi industri yang lebih inklusif serta merangkumi kepelbagaian," katanya.

Beliau berkata untuk membina komuniti sukan elektronik profesional yang lebih besar dan lebih kukuh di negara ini, kita mesti mempunyai asas yang kukuh di peringkat akar umbi.

"Salah satu daripada kaedah yang digariskan dalam pelan strategik kami adalah untuk mewujudkan platform di mana bakat akar umbi boleh dicungkil dan diiktiraf, kerana itulah kami mewujudkan Malaysia Esports League yang kini berjalan untuk tahun kedua.

Dengan lebih 50,000 peserta berdaftar di dalam pengkalan data MEL22 adalah kejohanan sukan elektronik akar umbi yang terbesar dan inklusif yang pernah dianjurkan sehingga kini.

Siapa yang pernah bermain permainan video Genshin Impact sudah pasti akan teruja dengan kejohanan yang diadakan khasnya buat peminat permainan video berkenaan.

Kejohanan baru-baru ini diadakan pada 13 Ogos 2022 di UCSI Universiti, Cheras terbuka buat 10 pasukan terawal yang mendaftarkan pasukan mereka.

Setiap pasukan memerlukan dua pemain sahaja dan inilah masanya untuk anda mencari siapa 'pasangan' yang bakal membantu anda untuk meraih kejuaraan ini.

Pemenang Perlawanan 1
Aysha binti Mohamed Adnan Sahnoun
Laxsmi Gnanasambanthar

Line Up First Half - Albedo, HuTao, XingQiu, Zhongli
Second Half - Ayato, Diona, Sucrose, Yelan

Pemenang Perlawanan 2
Nicholas Jefferson
Dennis John Lim Baera

Line Up First Half - Diona, Thoma, Yae Miko, Yoimiya
Second Half - Qiqi, Xiao, Yelan, Zhongli

Pemenang Perlawanan 3
Iftekhar Hossain
Rehman

Line Up First Half - HuTao, Ayaka, Xiangling, Kokomi
Second Half - Ayato, Xingqiu, Rosaria, Diona

Pemenang Perlawanan 4
Tan Khee Hui
Chan Chun Nam

Line Up First Half - HuTao, Kazuha, NingGuang, Yelan
Second Half - Ganyu, Sayu, Xiangling, Yae Miko

Pemenang Perlawanan 5
LYU Jing
Sun Ke

Line Up First Half - Kazuha, RaidenShogun, Yanfei, Zhongli
Second Half - Diona, Kokomi, Mona, Yae Miko

Hadiah terkumpul sebanyak RM2,500 dan lima pasukan pemenang akan mendapat RM500 dari perlawanan ini.

Selepas kedudukan rasmi ranking FIFAe Club dikemaskini, GBX Esports kini menduduki ranking di tangga ke-14 dunia. Ini menjadikan GBX Esports pasukan FIFA Esports No.1 di Zon Asia.

Hasil titik peluh mereka berlatih selama ini membuahkan hasil kerana berjaya melayakkan diri ke pentas akhir FIFAe Club World Cup 2022 baru-baru ini.

Kejayaan ini juga menjadi pemangkin kepada bakat baru yang juga ingin menjadi seperti pemain yang mengharumkan nama negara dipersada dunia.

Sebelum ini, GBX Esports berjaya memasuki peringkat Round of 16 di FIFAe Club World Cup 2022 selepas mengharungi cabaran Kumpulan D yang juga merupakan kumpulan maut.

Mereka tumpas kepada kumpulan FAS pada peringat Round of 16 (5-7) walaupun berjaya mendahului (3-1) pada perlawanan pertama.

Tahniah diucapkan kepada GBX Esports. Semoga GBX Esports terus maju kehadapan dan semakin MENDONIA!

Pasukan Dota 2 Wanita, Lelaki dan pemain perseorangan eFootball berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel.

Siapa menjangkakan atlet e-Sukan negara mampu memberikan sumbangan pingat buat negara meskipun walaupun tidak termasuk dalam kutipan pingat rasmi.

Ini membuktikan Malaysia mempunyai atlet e-Sukan yang berbakat besar dan seharusnya pihak kerajaan perlu 'membuka mata' terhadap pencapaian mereka kini.

Pasukan Dota 2 wanita dibarisi oleh Stephanie "Auroraa" Lim, Nadrah "Nada" Saufi, Wong "HG" Wei Sian, Bette "iStarx" Chia dan Tan "Shizuma" Lyn Xhin melakar sejarah apabila mengakhiri kempen mereka dengan rekod tiada kalah.

Bagi Nor Haikal Noh, pemain eFootball ini meraih emas dengan menewaskan lawan dari Scotland 2-0 dalam Grand Final eFootball (Terbuka).

Pasukan Dota 2 lelaki dibarisi Denise Danial (Wonder'Boy), William Yeoh (Mango' Rose), Pang Sze Xuan (Ponyo), Chung Wei Shen (Shenorita), Loyd Yoong Binjie (Loyd) dan Ahmad Ahyad (Ahyad) berjaya meraih pingat emas dengan menumpaskan pasukan dari England 2-1.

Kita mempunyai atlet yang berbakat namun sekiranya mereka ini tidak diberi perhatian, kita bakal kehilangan permata untuk mengharumkan nama negara.

Itulah ungkapan dari Sang Juara, Muhammad Iqbal Ahmad Suji, 24 selepas memenangi kejohanan GR Velocity Esports Championship 2022 tadi.

Menurutnya, kemenangan ini adalah yang pertama kali dan menangi hadiah utama RM20,000 merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat dirinya.

"Syukur, Alhamdulillah dengan kejayaan ini dan ini merupakan kejuaraan pertama buat saya selepas mencuba sebelum ini sebanyak tiga kali.

"Memang tak dapat nak gambarkan perasaan ini dan tahniah juga pada rakan-rakan yang turut memberi tentangan hebat pada Grand Final ini," katanya.

GR Velocity Esports Championship 2022 berlangsung pada 5 sehingga 7 Julai di Pusat Membeli Belah One Utama.

Turut bersama artis undangan seperti Zizan Razak, Nabil Ahmad, Nabila Razali, Khai Bahar dan lain lagi.

Anak kelahiran Selangor ini berkata, pencabar utamanya pada pertandingan ini merupakan bekas juara sebelum ini iaitu Taj Izrin Taj Madira.

"Dia merupakan rakan saya dan dia juga pencabar utama dalam pertandingan ini selain rakan yang lain," katanya.

Dia berkata kelebihan dirinya pada kali kejohanan kali ini adalah dari strategi taktikal dan teknikal pada setiap perlumbaan.

"Saya mencuba dengan berlumba hingga tayar haus dan stategi ini menjadi selepas tiada yang melakukan seperti saya," katanya.

Iqbal yang juga merupakan pelajar perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, dia berharap kejohanan seperti ini diadakan lebih kerap bagi memeriahkan lagi e-sukan pemotoran.

"Agar sukar untuk mencari pertandingan sebegini sebenarnya dan bila ada pastinya kejohanan yang besar sebegini.

"Untuk mencungkil bakat muda seharusnya pertandingan ini diperbanyakkan lagi," katanya.

Itulah antara dialog istimewa Dato M.Nasir yang sering bermain dibibir peminatnya dalam filem Puteri Gunung Ledang.

Namun apa yang menggemparkan industri e-Sukan hari ini adalah dengan pengumuman dari RSG Malaysia apabila memuatnaik status Selamat datang kepada salah seorang player flex role kami Dato' M Nasir dan gambar seniman terkenal itu akan bersama pasukan RSG Malaysia MLBB pada musim kali ini.

Dengan menggunakan IGN Sifu sudah pasti rata-rata peminat tidak sabar dengan pendedahan dari pasukan RSG Malaysia.

Penglibatannya pada dunia seni, seorang lagenda, seorang ikon negara, dan sekarang, sebagai player MLBB RSG sudah pasti mampu membuka mata pelbagai pihak.

Lagu MENTERA SEMERAH PADI! sememangnya sinonim dengan semangat juang seorang pahlawan yang ingin menewaskan musuh mampu memberi semangat kepada semua pemain yang bakal beraksi pada musim ini.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)