OUR STREAMERS

PUBG Mobile salah satu permainan mudah alih paling popular di dunia, teruja untuk mendedahkan 20 item baharu bertemakan Lionel Messi yang akan datang ke permainan tersebut.

Pemain bola sepak lagenda itu membuat penampilan sulungnya dalam PUBG MOBILE bersama-sama dengan koleksi pakaian dan item istimewa yang akan membantu pemain melepaskan kuasa dan tenaga mereka di medan pertempuran.

Pemain akan dapat menjadi legenda sendiri dalam beberapa pakaian Kapten Messi, serta aksesori dengan perhiasan baharu, payung terjun, kuali dan banyak lagi.

Rangkaian Ikon Bola Sepak Messi termasuk set bertema baharu, penutup, beg galas, topi keledar, kuali, PP-19 Bizon, Mini14, MK47, AKM, perhiasan dan bom tangan.

Seterusnya datang item Messi Super Legend termasuk set, topi, topeng dan payung terjun. Akhirnya item Messi Collaboration termasuk set, kemasan pesawat, papan hover, dacia dan perhiasan. Pemain juga masih boleh mendapatkan Jersi Kolaborasi PUBG MOBILE X Messi eksklusif melalui acara perkongsian jemputan, tetapi cepat kerana ini hanya tersedia untuk masa yang terhad!

“Sangat mengujakan untuk melihat PUBG MOBILE mendedahkan item yang kami usahakan bersama, saya tidak sabar untuk melihat pemain menggunakan pakaian baharu kami yang menakjubkan,” kata Messi. “Ia merupakan pengalaman hebat bekerja dengan PUBG MOBILE, dan saya amat berbangga dengan kerja yang dicapai perkongsian ini - saya tidak sabar untuk berada di medan perang dan menggunakan item ini sendiri!”

“Messi berbesar hati untuk bekerjasama, dan merupakan satu penghormatan untuk dapat mengabadikannya dalam PUBG MOBILE,” kata Vincent Wang, Ketua Penerbitan PUBG MOBILE, Tencent Games.

“Ini adalah saat yang besar untuk pemain PUBG MOBILE dan peminat bola sepak, dan saya harap semua orang menikmati melepaskan kuasa mereka dengan item dalam permainan yang benar-benar istimewa ini.” katanya.

Berada dalam kumpulan maut PMGC bukan sesuatu yang diinginkan sesebuah pasukan mahupun pemain.

Itulah yang terpaksa dihadapi pasukan Malaysia Yoodo Alliance yang terpaksa akur dengan kekalahan mereka pada PMGC2022 di tangga ke 15 dalam kumpulan Hijau.

Jelas pasukan Yoodo Alliance perlu memperbaiki corak permainan mereka dan pengalaman pertama bermain di PMGC serta berada dalam pasukan maut bukanlah sesuatu yang baik.

Namun, berada dalam pasukan maut ini memberikan mereka pengalaman baru bermain dengan pasukan lebih kuat.

Terdapat juga cakap-cakap belakang mendakwa kekalahan pasukan mereka ini disebabkan tiada jurulatih antara punca kekalahan.

Perjalanan yang jauh dari Qualifier, PMPL MYSGPH, ke SEA dan kini di pentas dunia. Yang pastinya, ini akan menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan dan pengajaran yang terbaik!

Tahniah kepada Top 3 Kumpulan Hijau yang akan mara terus ke Grand Finals PMGC 2022, Godlike Stalwart, Nova dan Flux Esports.

Perlawanan hari pertama sungguh mendebarkan dan menyaksikan aksi menarik dari semua pasukan yang bertanding dan ingin mendapatkan kedudukan terbaik dalam kumpulan Red.

Ternyata hari pembukaan perlawanan didominasi pasukan Influence Chemin dan Nigma Galaxy yang berada di kedudukan pertama dan kedua dengan perbezaan penyingkiran 'elims' 54 dan 50 dan masing-masing berjaya mendapatkan satu WWCD.

Sukar buat pasukan SEA di mana pasukan Box Gaming ditempat ke enam dan mendapat satu WWCD. Pasukan BTR pula berjaya berada dalam kedudukan top 5 dan pasukan tanah air kita jatuh dikedudukan ke 12 dari 16 pasukan.

Pasukan 4Rival hanya berjaya mendapatkan 13 penyikiran dan tidak WWCD dalam perlawanan hari pertama mereka.

Masih terlalu awal lagi untuk menentukan kedudukan siapa akan berada dalam top 3 dan harap pasukan Malaysia akan reset semula pada perlawanan kedua hari ini.

Penganjuran Telur Mata Cup dari eGG Network bakal menghantui pemain dan pasukan amatur apabila bakal diadakan tidak lama lagi.

Penganjuran pada tahun lepas menyaksikan hadiah terkumpul sebanyak RM30,000 dan pada tahun ini kelainan bakal berlaku apabila TMC2022 menawarkan hadiah terkumpul RM50,000 serta tiket ke PUBG Mobile Malaysia National Championship 2022.

Pemain PUBG Mobile Malaysia berpeluang untuk sertai liga kejohanan yang dibawakan khas oleh komuniti eGG Network buat kali kedua.

Telur Mata Cup secara rasmi disokong oleh PUBG Mobile Malaysia dan menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM50,000, sementara itu pasukan yang menjuarai Telur Mata Cup akan layak ke peringkat kumpulan PUBG Mobile Malaysia National Championship 2022 pada 10-11 Disember secara automatik.

Telur Mata Cup merupakan kejohanan peringkat amatur yang terbuka untuk semua warganegara Malaysia, kecuali pemain atau pasukan PUBG Mobile yang aktif dalam kejohanan profesional di Malaysia ataupun di peringkat antarabangsa.

Pendaftaran adalah percuma dan kesemua pasukan boleh mendaftar di link di bawah.

DAFTAR DI SINI

Pusingan Kelayakan akan berlangsung pada 22 hingga 25 November dan perlawanan terpilih dari Peringkat Kumpulan ( 29 hingga 1 Disember) dan kesemua perlawanan di Peringkat Akhir ( 3 dan 4 Disember) akan disiarkan secara langsung di halaman Facebook, TikTok dan saluran YouTube eGG TV. Agri Mind, juga merupakan penaja acara esports di Malaysia.

Daftar sekarang dan nantikan hanya di eGG Network untuk maklumat lanjut mengenai Telur mata Cup.

"Terima kasih kerana mengundi saya untuk memenangi anugerah ini!", Itu luahan pemain SEM9, S9HAHADEP pada ucapannya selepas memenangi anugerah berkenaan pada acara gilang gemilang Anugerah Golden Bullet l PMPL MY/SG Musim Ke-4, semalam.

Menurutnya, kejayaan ini adalah kejayaan berpasukan dan sokongan tidak henti dari peminat pasukannya memberikan dirinya peluang untuk memperoleh anugerah itu.

Sementara itu, GEEKDAMRUDE turut dinobat Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bullet Awards.

Bahang PMPL MY/SG S4 masih dirasai dengan kemenangan juaranya, Geek Fam, diangkat pada kali ini oleh PUBG Mobile Esports dengan kewujudan PMPL MY/SG Musim Ke-4 pada Golden Bullet Awards yang julung kali diadakan.

Turut menjadi perhatian apabila Arwah HAHAGUS turut menerima Anugerah Dalam Kenangan (Tribute) atas jasanya di dalam industri ini.

Antara pemenang-pemenang yang berjaya menerima anugerah pada Anugerah Bullet Awards.

MEMANG GEMPAK LA GENG!!! 🤩
🎯 Best Sniper - Secret Shotz
⚔ Best Fragger - Secret KiD
🧠 Best IGL - Vokey Gaming

Nice la!!!! Tahniah kepada King of Suntik, orang tua ManParang dan Budak 6cm!!! 😏😏😏
🔥 Rising Terminator - AdikLuq
👍 Best Support - ManParang
🔭 Best Scouter - Din ‘Jumper’

🌠 Rising Talent Award - Tashbunny & Kyrul Gaming
🤩 Most Creative Talent Award - Sir_Cloud & ChuChu Gaming
🤝 Best DUO Talent Award - J Hunter Gaming & Onthego Productions
🎉 Tahniah kepada para pemenang ini di Majlis Anugerah PUBG MOBILE ⭐ Golden Bullet 📣

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Golden Bullet PMPL MY/SG Musim Ke-4.


Bahang PMPL MY/SG S4 masih dirasai dengan kemenangan juaranya, Geek Fam, diangkat pada kali ini oleh PUBG Mobile Esports dengan kewujudan PMPL MY/SG Musim Ke-4 pada Golden Bullet Awards yang julung kali diadakan.

Pengarah PUBG Mobile, Asia Tenggara, Oliver Ye berkata, walaupun dunia dilanda musibah pandemik COVID-19, terdapat peningkatan dalam industri esports tempatan.

"Sehubungan dengan itu, MDEC dengan eGG Network ingin meraikan pemain profesional esports Malaysia dan Singapura.

Para pemain akan dihiburkan dengan kehadiran Masya Masyitah yang sedang popular dengan lagu Mandarin ‘Jiu Meng Xin Su’ dan ‘Remuk’ akan membuat persembahan dan menyampaikan anugerah dua anugerah khas pada majlis berprestiji itu bagi kategori Best Ingame Leader dan Best Performance Team.

“Ini merupakan sebuah penghargaan buat saya kerana dijemput untuk memeriahkan serta menghiburkan golongan esports di Malaysia dan Singapura.

“Terima kasih di atas kesudian ini kerana menjemput saya menjadi sebahagian daripada majlis anugerah yang pertama seumpamanya ini.

Pengerusi Industri Digital MDEC, Gopi Ganesalingam berkata MDEC mahu mewujudkan lebih peluang buat anak-anak muda negara dan komuniti berkaitan dalam arena esports dan dengan adanya Golden Bullet Awards, semoga lebih banyak inisiatif bakal menyusul kelak.

Jangan lupa saksikan Golden Bullet Awards pada 5.00pm, 28 November 2021 ini hanya di laman Facebook eGG Network dan Astro Ch800, serta di laman Facebook PUBGM Esports Malaysia dan saluran YouTube PUBGM Malaysia.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)