OUR STREAMERS

Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu! Itulah peribahasa yang bersesuaian untuk diungkapkan kepada para strimer terkemuka Malaysia yang sentiasa mengambil peluang dalam mengetengahkan bakat mereka sehingga terhasilnya Siri Komedi Pertama; Dongibab.

Siri Dongibab membawakan strimer terkemuka seperti Jaasuzuran, Uncle Dyy, FattahZie Gaming, dan Daddy Hood, beserta dengan salah seorang watak ‘musketeer’ utama di Kelab Mickey Mouse Malaysia, Ellya Keesha memberikan satu pembaharuan dalam bidang ini dengan menyertai dunia arus perdana dan berinteraksi dengan audiens yang lebih luas.

Sinopsis Dongibab

Siri ini mengisahkan tentang seorang anak muda, Fatah yang mengambil alih tugas menjaga kafe siber milik ayah beliau. Namun begitu, kawan baik Fatah, Lukeman, beranggapan tiada harapan untuk Fatah membangunkan perniagaan seperti kafe siber di kawasan bandar kecil mereka. Dalam pada itu, bas yang
dinaiki Lilian bersama sekumpulan rakan ‘gamers’ beliau terkandas di kawasan perumahan Fatah.

Tanpa sebarang signal penerimaan telefon bimbit, satu-satunya harapan Lilian dan rakan-rakannya adalah menerusi akses internet yang ada di kafe siber Fatah. Dengan dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi, Lilian tidak berputus asa dan nekad untuk memastikan festival ‘gaming’ anjurannya berjaya diadakan, walaupun jika ia perlu dibuat di bandar kecil! Lilian mendapat sokongan dari pemain video game
terkemuka, Mr. Canto, namun begitu, Juno berharap usaha Lilian gagal dan tidak berjaya dilaksanakan.

Sebanyak enam episod akan ditayangkan bermula pada 24 Januari sehingga 29 Januari pada jam 9.30 malam. Anda boleh menyaksikan aksi mereka di saluran eGG Network 800, Astro GO, dan Sooka. Yang pastinya membuatkan anda tidak kering gusi.

TRAILER DONGIBAB

JAASUZURAN sebagai Juno

Siapa yang tidak mengenali JAASUZURAN yang merupakan penghibur dalam kehidupan sebenar dan ruang maya. Jaasuzuran dikenali sejak zaman awalnya sebagai penyampai radio Era fm, kemudian sebagai pengacara, pelakon dan
penstrim. Pesonanya membuat penonton terbuai dalam setiap konten yang menarik hasil dari keperibadiannya yang berkarisma dan mesra.

“Saya berbesar hati dan bangga kerana diberi peluang untuk berkerjasama dengan rakan-rakan streamer besar di Malaysia. Terasa paling mantap dan excited!”

Menurutnya, melakonkan watak Juno sangat mencabar kerana dia perlu menjadi seorang yang serius dan

"Sangat mencabar di mana saya tidak boleh senyum dan ketawa sedangkan diri saya yang sebenar bukan seperti watak ini," katanya.

DADDY HOOD sebagai Mr Canto

Daddy Hood pasti seorang tokoh terkemuka dalam adegan e-sukan. Dia adalah pengasas Bosskurr dan telah mengambil banyak kreator dan pemain di bawah sayapnya untuk bermain dan berkembang bersama-sama. Individu berkarisma ini akan meninggalkan kesan kepada penontonnya terpegun dengan permainannya yang kelam kabut dan kelakar. Dia dihormati dan disayangi oleh peminatnya kerana dia melayan mereka semua seperti keluarga.

“Happy bila dapat pengalaman first time jadi main cast. Bukan senang nak deliver mood, moment dan jadi character yang lain. Harap lakonan saya tak agak kayu. Tapi saya happy dapat berlakon dengan kawan kawan & habiskan scene on time!”

FATTAHZIE GAMING sebagai Lukeman

Menjadi seorang Penstrim Facebook Gaming menekankan kepentingan pengurusan masa dan dia seorang yang sangat mendedikasikan dirinya kepada keluarga dan kerjayanya. Walaupun kepentingan kepada peminatnya tinggi, namun keluarga adalah masih menjadi keutamaan FattahZie, itulah sebabnya dia menekankan untuk berpegang kepada jadual hariannya. Streaming dari 3PM - 6PM setiap hari, dan waktu malam adalah waktu keluarganya.

“Saya seronok bila bekerja bersama rakan-rakan sekerja iaitu streamers. Walaupun pertama kali berlakon dah terus jadi main cast membuatkan saya rasa terharu dan bangga. Harap lakonan kami nampak natural.”

Menurutnya, watak yang dilakokannya adalah watak sebenar tentang dirinya yang kelam kabut dan sukakan perhatian.

"Watak ini memang watak saya yang original. Jika anda kenal Fattahzie begitu juga lah sama dengan watak ini," katanya.

UNCLE DYY sebagai Fatah

Bagi anda yang mengikuti adegan lakonan GTA V di Malaysia, Uncle Dyy pastinya tidak asing kepada anda. Streamer berusia 28 tahun mendapati kejayaan
dengan penstriman pengembaraannya di bandar Los Santos dan kemudian di "Kuala Lumpur". Walaupun dia memainkan banyak permainan di alirannya, satu perkara tetap konsisten dengan pelbagaikan lagi lawak dan keperibadiannya seorang yang ceria.

“I happy sebab dah lama teringin nak berlakon, and dapat peluang ini untuk berlakon. Dapat belajar something new for myself. Looking forward to explore more.” katanya.

ELLYA KEESHA sebagai Lilian

Ellya Keesha bermula sebagai Mouseketeer di Kelab Mickey Mouse Disney Malaysia. Sebagai seorang Mouseketeer yang terkenal, Ellya sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mengimbangkan kehidupan kerjaya dan kehidupan seorang pelajar.

Dengan penglibatannya di dalam siri Dongibab ini, Ia juga merupakan satu langkah berani ke hadapan untuk Ellya berlakon dan mencipta nama.

“Pada peringkat awal pembabitan saya dengan Dongibab, saya akui ada perasaan gugup dan gementar kerana saya bukan seorang ‘gamer’ seperti barisan pelakon yang lain. Pada masa yang sama, ini merupakan penampilan saya yang pertama sebagai tonggak utama, jadi sudah tentu saya ada perasaan gementar itu.

"Namun begitu,setelah bersama dengan mereka, saya rasa cukup seronok dan teruja dapat bekerja dengan streamers yang power dekat Malaysia, diorang semua humble & kelakar, selalu menghiburkan semua orang dekat set walaupun dah pukul 12 tengah malam. It was great to see everyone working hard to make this happen and I’m hoping for the outcome to be great too, InsyaAllah.”

Facebook dengan kerjasama eGG Network mengadakan bengkel bagi kreator terpilih untuk mengetahui kelebihan "Game & Grow" dan Program Rakan Kongsi Facebook (Facebook Gaming Partner Program).

Dua objektif bengkel ini adalah mendidik para pencipta untuk meningkatkan faedah "Game & Grow" terutamanya apa yang ditawarkan oleh CSP (iaitu bimbingan CSP secara bersemuka, bengkel yang diadakan oleh CSP, dan lain-lain.

Strategic Partner Manager, Facebook Gaming, Jay Horathai dijemput menjadi panel undangan yang akan berkongsi cara kepada kreator mengenai Program Rakan Kongsi Facebook secara khusus.

Selain itu, bengkel ini juga menjana sentimen positif mengenai "Game & Grow" dan meletakkannya sebagai program yang membawa perkembangan peningkatan (WHR & Pengewangan) setelah kreator menyertainya.

Ia akan diadakan selama satu jam di platform Zoom pada 28 Oktober 2021, 5 petang.

"Acara ini dibuka secara eksklusif untuk page kreator Level Up yang dipilih sahaja. Mendaftar melalui borang ini tidak menjamin anda RSVP dengan acara tersebut. Anda akan menerima e-mel pengesahan jika anda berjaya mendaftar untuk acara tersebut."

Dijangkakan lebih 200 kreator akan dipilih bersama dalam program yang dijalankan ini.

Turut diadakan sesi bersama ahli panel, kreator "Game & Grow" eGG Network, yang akan berkongsi pengalaman mereka sebagai rakan kongsi dan sejauh mana peningkatan mereka setelah mengikuti program ini.

Anda ada berapa ramaikah sahabat baik ketika ini? Siapakah mereka itu? Adakah sahabat baik ini sentiasa bersama dengan anda bukan sahaja semasa anda senang bahkan juga ketika anda dilanda musibah dan masalah?

Jika jawapan anda kepada kesemua persoalan di atas adalah positif, maka anda sangat bertuah kerana dikelilingi oleh sahabat sejati. Namun, jika anda menjawab tidak kepada kesemua persoalan tadi, maka sahabat yang ada sekadar untuk senang bersama tidak untuk berduka.

Kali ini penulis mendekati dua jiwa yang sudah lama berkenalan antara satu sama lain. Menghadapi pelbagai kesukaran bersama dalam kancah e-Sukan dan sering mendapat perhatian peminat setiap kali beraksi dalam pertandingan.

Jom kita dekati dua pemain dari Geek Fam iaitu Xorn dan Dominus.

Xorn


Nama penuh: Mohamad Zul Hisham Bin Mohd Noor
Umur: 21
Peranan: Multirole

Seorang pakar multi-role yang mempunyai banyak bakat. Xorn telah merekodkan 78.63% kadar kemenangan dan juga merupakan MVP musim biasa pada MPL Musim 5. Dari luaran nampak malu-malu – tapi sebenarnya kelakar dan mudah didekati. Berasal dari Kajang ini kalau nampak Xorn, jangan segan nak tegur. Mana tahu boleh dapat makan sate daripada seorang pemain pro.

Dominus

Nama penuh: Nik Aqieff Bin Nik Muhammed Muhyyiddin
Umur: 21
Peranan: Captain/Mage/Assassin

Sedikit mengenani Dominus yang pernah dinobatkan sebagai King of KDA semasa musim 3, dan ini membuktikan kelayakannya untuk mengetuai skuad Geek Fam. Pada masa lapang semasa tidak menjadi kapten atau, sering di 'troll' dengan Feekz, Dominus sukakan senaman berintensi tinggi untuk menghilangkan tekanan.

Keserasian

Bagaimana anda melihat atau mengetahui sekiranya rakan anda sedang menghadapi tertekan (stress)? Adakah anda akan mendekati rakan anda?

Xorn: "Susah nak tengok Dominus ni 'koyak' sebab dia ni kaki bahan orang, jarang la nak tengok dia stress ke. Dalam game pon dia boleh bahan orang ini dan dia ni penghibur dalam pasukan.

Dominus: Xorn seorang yang serius dalam game. Dia ni cepat sentap dan koyak kalau rakan lain buat hal tunggu kejap dia punya emo. Tapi dalam game jela, dia akan koyak dengan kami. Kalau dia koyak tu saya boleh tahu dia akan diam dan menyendiri dalam bilik. Bila dia keluar bilik tu saya akan tegur dan mula bersembang seperti biasa.

Makanan kegemaraan

Xorn: " Dominus ini kuat makan, ada saja makan berhampiran dengan dia tak kesah apa asalkan makanan. Dia suka makanan ringan seperti Mcd dan lain-lain. Dalam pemakanan dia tiada masalah senang cerita semua dia makan".

Dominus: "Xorn ni sukan makan nasi. Tak pernah lar dia tak makan nasi tak kesah lauk apa. Dia ni jarang makan, makanan ringan seperti saya. Tengok jela dia kurus macam tu je".

Musik kegemaran

Xorn: Dominus lebih sukakan genre RnB dan musik barat. Kalau dengar tu dah tau lar lagu siapa.

Dominus: Xorn ni nampak macam keras tapi hati ada taman. Sukakan lagu Kpop dan kumpulan kegemaran Blackpink, lain macam dia ni.

Dikenali Keluarga

Xorn: Kami memang rapat dan ibu bapa kami juga turut kenal dengan semua pemain. Keluarga kami juga dah kenal sesama mereka juga.

Dominus: Sebelum pendemik ini ibu bapa kami pernah bersama melihat kami bertanding dan di situ mereka saling mengenali.

Kena kacau di 'Gaming House'

Xorn: Peristiwa ini dah lama juga, saya dan Dominus terlihat ada 'sesorang' bermain pintu ketika kami sedang 'scrim'. Kami berdua saling melihat antara satu sama lain, nak cakap berani sangat tu tak la. Kami dah biasa dengan perkara ini.

Dominus: Kami pun tak tahu benda tu sekadar nak mengusik kami, yela dah jam berapa pagi kami masih gelak tak ingat dunia. Itulah pengalaman seram kami di gaming house.

Waktu lapang

Xorn: Kami akan keluarga beriadah disekitar kawasan rumah bersama sebab pendemik kan. Kalau dulu kami akan keluar tengok wayang dan lepak makan.

Dominus: Sama la, kami akan lepak bersama dan memang tak boleh nak pergi mana-mana. Sebelum pendemik, kami akan banyak keluar tak seperti sekarang.

5 tahun dari sekarang

Xorn: Mungkin saya akan berhenti bermain jika sudah berumah tangga dan fokus pada keluarga. Itu apa yang saya bayangkan lima tahun akan datang sekiranya sudah berumah tangga.

Dominus: Saya mungkin akan melanjutkan pelajaran dan mungkin akan menjadi sesorang di sebalik tabir dalam dalam e-Sukan ini. Masih jauh lagi untuk melihat apa yang akan terjadi.

Sukar untuk mendapatkan kawan sejati. Jika anda mempunyai kawan dan sahabat sejati sila hargai mereka. Kawan gembira ada di mana-mana, kawan bersedih jarang bersua.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada rakan sejati anda.

Hi eGGLets, minggu lepas kita dah tahu mengenai latar belakang No 1 Top Global Magic Chess iaitu AreppTvChess bagaimana dia mampu untuk berada diperingkat sekarang.

Sekiranya anda terlepas untuk artikel berkenaan jangan risau, ini link kepada artikel tersebut https://egg.network/areptvchess-fahami-semua-synergy-dan-corak-permainan-musuh-magic-chess/

Sekiranya anda adalah peminat Magic Chess, anda perlu untuk membaca artikel ini kerana pakar kita akan berkongsi berkenaan 'META' yang sangat padu untuk dipraktikan dalam permainan.

Patut lar layak untuk berada No 1 Top Global dengan cara pemikiran yang pantas dan cepat untuk membuat sesuatu tindakan.

Jom kita tengok apa META yang digunakan oleh Arep.

Untuk pengetahuan semua, untuk menentukan kemenangan permainan magic chess ini adalah meta, meta yang digunakan merupakan faktor yang besar mempengaruhi gameplay seseorang.

Cardia venom

Diantara meta yang sesuai pada patch sekarang antaranya ialah cardia venom, effect cardia adalah setiap kali wira cardia mati, salah satu wira cardia secara rawak akan mendapatkan 12% kelajuan serangan dan menerima perisai hp 12% maksima. Manakala venom pula akan meracun lawan yang Akan mengurangkan nyawa enemy 1% hingga 10% hp. Meta ini sesuai digunakan untuk menaikan rank setiap pemain.

Astro

Selain itu, meta Astro Power meta ini merupakan meta yang sesuai dimainkan oleh player yang baru ingin mempelajari magic chess. Meta Astro Power merupakan synergy yang mudah dilakukan dan sesuai digunakan untuk menaikan rank setiap pemain. Sekiranya synergy ini lengkap, 1 hero daripada hero Astro akan meningkatkan damage hingga 150% dan regen semula 80% HP Dari damage yang diterima.

Natural spirit

Combo berikutnya ialah combo Nature Spirit, combo ini akan memberikan hero yang berkaitan sinergi ini berkongsi HP. Sekiranya semakin banyak Lev 3 Dalam combo ini semakin tinggi HP keseluruhan hero Natural spirit. Combo ini sangat sesuai untuk sustain pada opening sehingga middle game kerana combo ini sangat keras pada 2 fasa ini.

Sinergi ini juga dapat mengurangkan damage Yang dikeluarkan lawan sehingga sulit untuk mati. Combo ini sesuai dimainkan dengan guardian atau weapon master.

Namun combo ini sangat lemah digunakan apabila lawan bermain combo venom, kerana nyawa hero natural spirit Akan berkurang dengan cepat, pemain perlu bijak untuk menentukan meta ini, Sekiranya ramai yang mengunakan venom, pemain tidak harus mengunakan combo ini.

Mech era + Swordman

Mech era merupakan sinergi Yang mengantikan synergi empire. Synergi ini Akan membuatkan pihak lawan Yang mengunakan mana, tidak dapat mengeluarkan skill dengan mudah. Basic attack Dari semua hero mech era Akan mengurangkan mana lawan sebanyak 35 Dan memulihkan 6 mana hero mech era. Sinergy ini sesuai digunakan bersama combo Swordman kerana sworman merupakan synergy Yang mengeluarkan damage. Sekiranya mana pihak lawan boleh discounter dengan synergi mech era, maka synergy sworman dengan mudah untuk mengeluarkan damage terhadap pihak lawan.

Mage

Mage merupakan combo yang asas yang boleh dilakukan oleh semua pemain, combo ini kuat pada endgame, Sekiranya pemain Yang mengunakan combo mage dapat bertahan pada opening Dan middle game peluang menang pada end game sangat mudah, mage merupakan combo yang mengunakan mana.

Mage boleh dicombokan dengan astro Dan Northern Vale ( NV ), Ketika Battle dimulakan, semua Hero Northern Vale memperoleh Mana yang penuh. Oleh Itu hero Nv ini Akan terus mengunakan skill.

Sekiranya pemain mempunyai item buku, dan menghidupkan astro dalam meta yang digunakan, pemain boleh menjadikan odete sebagai hyper, kerana odete mampu meratakan musuh dengan sekelip mata.

Kesimpulan

Magic chess boleh dikatakan sama seperti permainan catur biasa, pemain perlu menguasai fasa opening, middle game, dan end game. Kerana setiap fasa ini yang akan menentukan penguasaan meta seseorang yang Akan menentukan kemenangan.

Jadi untuk menjadi seorang pemain Magic Chess yang padu anda perlu mengetahui cara permainan dan meta yang bersesuaian ketika menghadapi musuh.

Sekiranya, anda mempunyai sebarang pendapat dan komen jangan segan untuk bertanya dan mungkin Arep sendiri akan menjawab persoalan anda itu nanti.

Jangan lupa untuk terus bersama dengan eGG Network untuk perkembangan terbaru berkenaan dunia eSukan.

Siapa menjangkakan seorang jejaka tampan kelahiran Kuantan, Pahang ini digelar 'Pakar Magic Chess' apabila berjaya mendominasi kedudukan teratas Top Global Magic Chess pada musim terbaru ini.

Untuk bermain game ini anda memerlukan daya fikiran yang pantas dan bijak serta kesabaran yang tinggi dalam menyusun strategi untuk menewaskan tujuh musuh dalam satu perlawanan.

Magic Chess adalah salah satu mod Arcade dalam Mobile Legends. Permainan ini menggunakan arena pertempuran papan catur dengan ukuran 6 × 7.

Pemain akan bertarung melawan 7 pemain lain untuk bertahan sehingga akhir permainan. Kombo terbaik akan sangat membantu anda memenangi pertandingan.

Permainan genre auto battler ini menggunakan papan catur dan juga pahlawan yang ada dari permainan MLBB. Seperti permainan pertarungan auto lain, Magic Chess juga mengutamakan kombinasi, strategi, dan kebijaksaan untuk membuat kombo terbaik.

Kombo terbaik dalam permainan Magic Chess menentukan kemenangan dalam satu perlawanan.

Untuk pertama kalinya buat warga eGGlets, penulis membawakan anda nombor satu Top Global Magic Chess, Muhammad Arif 'AREPCHESS' Zainal Abidin, 30, untuk berkongsi cerita atau pengalamanya dalam 'Dunia' Magic Chess ini.

PERMULAAN KARIER

Anak kelahiran Termeloh, Pahang ini, tidak pernah menjangkakan dia akan menjadi seorang pemain pro untuk Magic Chess ini kerana pada mulanya sekadar memenuhi masa lapang dengan bermain permainan video.

"Pada mulanya saya, kawan saya yang mengajak saya

Menurutnya, dia sangat bersyukur dan gembira apabila berada ditahap ini, namun kejayaan ini bukan mudah untuk dikecapi kerana banyak dugaan dan rintangan perlu dilaluinya.

"Terima kasih kepada rakan saya yang memperkenalkan Magic Chess ini kepada saya sehingga mampu untuk menjadi yang terbaik.

"Kedua ibubapa saya sudah lama meninggal dunia, namun kata-kata dan nasihat mereka masih segar dalam ingatan," katanya.

APA PERASAAN MENJADI NO 1 TOP GlOBAL??

"Ahamdulillah saya berada di tahap ini, atas sokongan team, rakan, 'supporters' dan ahli keluarga tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada saya sehingga berjaya menjadi No 1 Top Global.

"Untuk berada diperingkat ini, banyak pengorbanan perlu dilakukan seperti masa dan juga perkara peribadi,"katanya.

Menurutnya, dia bermain secara 24 jam untuk mengekalkan jarak point kerana pemain dari negara luar juga 'push point' untuk mengejarnya.

"Kini musim terbaru yang ke-7 dan saya berjaya menjadi nombor 1 dalam top global. Selama tiga musim saya cuba untuk menjadi no 1 namun tiada rezeki ketika itu,"katanya.

"Pada awal musim, saya perlu lebih banyak bermain kerana setiap kali musim baru level akan turun dan untuk naik makan masa juga. Saya habiskan lebih 10 jam masa bermain untuk capai tahap 'Mythic'," katanya.

FAHAMI SYNERGY DAN CORAK PERMAINAN MUSUH.

Arep juga tidak loket untuk berkongsi tips kepada pemain baru mahupun yang lama dan ingin membuat perubahan pada cara permainan mereka.

Menurutnya, setiap permain perlu ada persediaan dalam gameplay dalam pembahagian opening, middle game, dan end game

"Jika dalam permainan anda perlu lihat dan tahu gameplay apa yang anda ingin buat. Pada opening game anda perlu

Dia berkata, kebanyakkan pemain kelihatan terbatas apabila synergy yang digunakan tidak menjadi.

"Anda perlu lebih memahami semua synergy untuk dimainkan agar tidak terbatas dalam setiap game.

"Terdapat banyak snergy yang boleh dilakukan dan anda perlu cuba mempratikan setiap snergy yang ada," katanya.

Arep berkata jangan terlalu bergantung kepada satu synergy sahaja kerana ia akan menyukarkan anda untuk menang.

Selain itu, memahami item dan kedudukan musuh pada perlawanan.

"Permainan ini memerlukan daya fikiran yang cepat. Jika anda tidak memahami item dan kedudukan musuh ia pastinya akan menjadi masalah kepada anda,"katanya.

Antara aksi AREPTVCHESS ketika live

Sekiranya anda ingin berada pada tahap tertentu anda perlu lebih waktu untuk bermain di setiap hari serta memerlukan target point yang diperlukan.

"Waktu bermain yang banyak akan membuatkan anda lebih arif tentang permainan ini.

"Pembahagian waktu rehat yang baik juga penting kerana permainan ini memerlukan anda berfikir diluar kotak. Sekiranya anda masih baru cuba untuk bermain dengan cara yang lebih santai,"katanya.

Arep berkata tips yang terakhir adalah sentiasa berfikiran positif dalam apa jua keadaan.

MENJADI STREAMER SEPENUH MASA.

Anak bongsu dari tiga beradik ini membuat keputusan yang tepat apabila kini menjadi streamer sepenuh masa selepas pendemik Covid-19 mula sehingga mengakibatkan dia turut terkesan dengan keadaan itu.

"Agak terkesan dengan pendemik ini, namun kehidupan perlu diteruskan dan saya perlu membuat satu perubahan terhadap diri ini dan ini adalah masa yang sangat tepat.

"Saya bermula sepenuh masa pada bulan 6 lalu, dimana sebelum ini saya masih mempunyai kerja hakiki dan akan live mengikut waktu terluang,"katanya.

Kini dia yang kini juga salah seorang rakan label kepada Facebook Gaming kini membuat live sepenuh masa.

Jika anda ingin melihat aksi Arep bermain Magic Chess anda boleh ke Facebook Gaming Page beliau https://web.facebook.com/Areppches.

Nantikan artikel seterusnya bagaimana cara permainan Magic Chess Cara Arep pada minggu hadapan.

Siapa cakap bermain permainan video anda tidak boleh berjaya??. Ramai juga yang membuktikan bermain permainan video ini juga mampu membina kerjaya dan menjana pendapatan. Itulah luahan anak muda kelahiran Selangor ini, Muhammad Muzaffar Zuhair Bin Mustaffa , 18, lebih dikenali sebagai CHAMACK merupakan pemain profesional e-Sukan FIFA.

Anak muda yang menetap di Ampang ini, membuktikan dimana seorang pemain e-Sukan juga mampu membahagikan masa dalam akedemik sehingga mencapai keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Malaysia (SPM).

Keputusan SPM Chamack

Menurutnya, dia begitu komited dalam akedemik dan bidang e-Sukan kerana ingin membuktikan tidak semestinya bermain permainan video mampu memperoleh keputusan yang cemerlang.

"Alhamdulillah, dengan berkat usaha dan fokus dalam akedemik saya komited untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang demi mengharumkan nama keluarga.

"Saya berjaya mendapat kesemua mata pelajaran A's, dan saya sangat gembira dengan apa yang diusahakan selama ini membuahkan hasil," katanya.

Tidak hanya bermain permain video, dia juga merupakan seorang pemain bola sepak yang turut mewakili sekolah dan kelab bola sepak.

Dia yang belajar di Sekolah Menengah Aminuddin Baki itu, berkata rakan dan cikgu sentiasa menyokong dan memberi sokongan penuh kepadanya.

"Cikgu saya merupakan admin kepada Facebook sekolah dan sekiranya saya ada pertandingan pasti cikgu itu akan memuatnaik gambar dan info pertandingan.

"Rasa bangga dapat mengharumkan nama sekolah dalam bidang ini dan juga akademik," katanya.

Masa belajar dan masa bermain FIFA

Diajukan soalan berkenaan bagaimana dia membahagikan masa belajar dan bermain fifa dan ini jawapanya.

"Pada hari biasa saya akan habiskan rutin biasa saya pergi sekolah dan balik pada jam 3 petang. Ada masa saya akan berlatih bersama pemain pro yang lain.

"Tahun lepas saya, tak silap hari sebelum menduduki kertas Bahasa Melayu, saya ada pertandingan yang tidak dapat dielakkan. Namun saya berjaya membahagikan masa saya untuk belajar dan main FIFA," katanya.

Ditanyakan mengenai awal penglibatan dalam e-Sukan ini, Chamack berkata dia pada mulanya hanya sekadar suka-suka dan tidak memikirkan akan berada ditahap sekarang.

"Main sebab abang main bersama terutama Fifa. Biasalah awal dulu tak pandai main dan abang saya turut mengajar saya.

"Seingat saya pertandingan pertama saya masuk pada tahun 2017 pada masa itu berusia 14 tahun. Saya berjaya melayakkan diri pada peringkat kalah mati dan saya berlawan dengan AM Tuah," katanya.

Baginya itu merupakan pengalaman pertama dan itu adalah batu loncatan buat dirinya untuk berada dalam bidang ini.

"Walaupun kalah pada masa itu saya menjadikan pertandingan itu sebagai pengalaman baru dan saya yakin saya boleh pergi jauh lagi," katanya.

Chamack berkata, ibunya, Zaleha Yusof pada mulanya agak keberatan untuk melepaskan anaknya itu kerana baru berusia 14 tahun dan tidak tahu mengenai pertandingan FIFA.

"Disebabkan masih terlalu muda dan saya masih ingat ibu saya banyak bertanya mengenai pertandingan itu.

"Selepas pertandingan itu, saya lebih banyak menyertai pertandingan itu dianjurkan pihak GAMESBOND yang kini lebih terkenal dengan melahirkan bakat-bakat baru pemain FIFA," katanya.

Menurutnya, kejayaan yang dikecapinya dalam bidang ini bukanlah satu jalan yang mudah dan banyak jatuh bangun juga terpaksa dihadapinya.

"Antara pencapaiannya adalah National Champion Bulan Sukan Negara (Selangor), Juara ConveFest MMU, Juara KL Esports Community Cup, Juara Nivea GrandFinal, Juara Lunar Cup.

"Paling terbaru Juara VBL 2021 peringkat Serantau (Malaysia dan Indonesia ) dan Top 8 VBL 2021 Asia," katanya.

Tekanan sebagai pemain E-sukan FIFA

Dia berkata, tekanan sebagai pemain e-Sukan itu biasa apabila berada di tahap ini.

"Jika kita terlalu emosi dan mengikut perasaan kita akan mudah hilang fokus. Biasalah, ada yang tidak suka dengan cara permainan saya dan ada yang beranggapan mereka lebih jauh lebih baik.

"Saya tidak hiraukan apa yang mereka ingin katakan. Mak saya je boleh kritik saya," katanya sambil ketawa kecil.

Reaksi Chamack apabila berjaya memenangi perlawanan.

Kekal momentum untuk berada di tahap ini

"Apa yang membezakan saya dan pemain terdahulu adalah saya berada dalam peredaran masa yang tepat dan dulu tiada banyak pertandingan seperti sekarang.

"Permainan video FIFA kini lebih mengembang dan kini ramai pemain dan bakat baru mula menunjukkan cara permainan mereka berbeza-beza.

Menurut anak bongsu dari tiga beradik ini, dia tidak boleh merasa selesa ditahap sekarang dan perlu membuat penambahbaikan cara perlawanannya.

"Saya kena sentiasa cari masa untuk latihan teknik, corak taktikal dan pelbagai lagi. Jangan terlalu selesa kita berada ditahap sekarang dan saya perlu sentiasa ingat dimana saya bermula,"katanya.

Kebanggaan Keluarga

Siapa tidak bangga sekiranya anak yang disayangi dapat membanggakan nama keluarga bukan saja dalam bidang e-Sukan malah dalam pelajaran juga.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T dengan kejayaan demi kejayaan yang diberikan kepada anak kami.

"Kami sangat bangga dengannya keputusan cemerlang yang diperoleh semua A's dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) baru-baru ini," katanya.

Penerimaan Awal

Pada mulanya, Nazwan Adlin Abbas menginginkan anaknya untuk bergiat aktif dalam bidang sukan bola sepak.

"Saya ingin dia jadi pemain bola sepak professional sebenarnya dan sejak kecil lagi sudah memberi pendedahan dalam dunia bola sepak.

"Saya akan membawa dia pergi latihan kelab setiap hujung minggu,"katanya.

Menurutnya, bakat anaknya itu mula kelihatan apabila dia mula bermain secara serius ketika berusia 14 tahun.

"Awalnya dia bermain dengan abangnya dan rakan yang sering ke rumah dan sejak itu saya nampak dia mula untuk menyertai pertandingan Fifa ini," katanya.

Sebagai ibu bapa apa yang penting memberi dorongan dan sokongan kepadanya.

Pengurusan Masa

Ibunya, lebih cenderung terhadap jadual pelajaran Chamack dan sering menasihatinya untuk lebih fokus pada pelajaran terlebih dahulu.

Chamack bersama keluarga.

"Kebanyakkan ibunya akan memantau pelajaran dia dan kami tidak pernah berhenti menyokong Chamack untuk mencapai apa yang dia inginkan.

Bagi Nazwan Chamack berkata, dia dan isteri tidak pernah mengongkong anak mereka untuk memilih mana-mana bidang yang anak mereka minati.

"Biasalah ibu bapa mana yang tidak mahu anak mereka berjaya dalam pelajaran dan juga bidang apa mereka sukai. Bagi saya tiada masalah yang penting dia pandai membahagi masa dalam pelajaran dan masa untuk FIFA.

"Sebagai ibu bapa kita perlu memantau tingkah laku anak-anak. Sekiranya, ada yang tidak betul kita tegur mereka supaya tidak menyesal dikemudian hari," katanya.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram