OUR STREAMERS

Ibarat goreng pisang panas. Penantian untuk menonton Mobile Legends: Bang Bang Kejohanan Dunia (M3) berakhir apabila tiket jualan Playoff M3 hampir terjual keseluruhan selepas pembelian tiket secara dalam talian dibuka 9 pagi, Sabtu lalu.

Berdasarkan pemerhatian penulis jualan ini mendapat sambutan tidak terduga kerana harga tiket sekitar 20 Dollar. Harga 'Kasih Sayang' kepada peminat MLBB.

Turut menarik perhatian adalah Ganjaran berlimpah di M3!

M3 akan memuatkan sehingga 178 penonton, dengan harga tiket bermula dari SGD 20 setiap satu, dengan pelbagai ganjaran unik untuk dimenangi.

  1. Heroes
  2. Skins
  3. Magic Dust
  4. Emblem

Setiap pemegang tiket akan diberikan kod untuk dimasukkan di https://m.mobilelegends.com/en/codexchange.

Tarikh keramat Antara 17 - 19 Disember (Playoff), penonton boleh melihat kejohanan secara langsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura dan membeli tiket di https://www.sistic.com.sg/events/bang1221.

Date Start Time Entry Time Match Format
17/12/2021 14:00 13:00 Best of 5
18:00 17:40 Best of 5
18/12/2021 11:00 10:00 Best of 5
15:00 14:40 Best of 5
19:00 18:40 Best of 5
19/12/2021 17:00 16:00 Best of 7

Prosedur keselamatan amat dititik beratkan bagi memastikan perjalanan acara berjalan dengan lancar.

Sebak dan terharu. Itulah yang dapat diungkapkan penulis apabila melihat dakapan erat seorang ibu pada anaknya sebelum melepaskan anak kesayangan pergi meninggalkan keluarga untuk mengharumkan nama negara.

Namun air mata dan dakapan itu bukanlah kerana kesedihan tetapi kerana bangga dengan kejayaan anaknya yang bakal beraksi pada Kejohanan Dunia Mobile Legends M3 di Singapura.

Zaslini Zakaria, Ibu kepada salah seorang pemain Todak Ajiq berkata sukar untuk melepaskan anak bongsunya itu, namun dia berbangga kerana impian anaknya untuk bermain pada M3 tercapai.

"Dia memang manja dengan saya, anak bongsu lar katakan. Sedih lar juga sebab nak lepaskan dia pergi tu, tapi demi mengharumkan nama negara dan keluarga, saya gembira dan menyokongnya 100 peratus," katanya.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu pada majlis penyerahan bendera Malaysia dan pelepasan pemain Todak dan SMG ke Singapura bagi menghadapi Kejohanan Dunia Mobile Lagend (M3) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

 

Menurutnya, anak bongsunya itu seronok dengan apa yang dikecapi hari ini dan tidak pernah pun anaknya merasakan pertandingan ini tekanan buat dirinya.

"Dia seronok dengan apa yang dia lakukan dan itu yang paling penting sekali. Pada awal pembabitan, auntie tidak begitu setuju kerana kurang pendedahan mengenai bidang e-Sukan ini.

"Kini ternyata apa yang auntie fikirkan jauh meleset dan bidang ini mampu memberikan masa depan yang cerah kepada anak muda yang lain," katanya.

Zaslini berkata dia berharap pasukan Todak dapat mempamerkan aksi terbaik dan mendoakan pasukan itu menjadi juara.

Onic Esports Indonesia memenangi MPLI 2021 dalam aksi yang berlangsung selama empat perlawanan, semalam.

Pada pusingan akhir, mereka berjaya mengecewakan pasukan dari Filipina, Blacklist International dan dinobatkan juara.

Pada perlawanan pertama, Blacklist International tampil agresif. Mereka terus memberi tekanan kepada pemain Onic Esports, menjadikannya sukar untuk melakukan serangan balas. Sehingga akhirnya mereka menang dalam masa kurang 15 minit.

Memulakan permainan kedua, Onic Esports yang tampil agresif. Drian dan ahli pasukannya tidak memberi peluang kepada Blacklist International untuk menguasai Land of Dawn dengan mudah.

Pertarungan itu dipersembahkan, di mana kedua-dua pasukan bergilir-gilir untuk memberi tekanan antara satu sama lain dan Blacklist International boleh bermain secara agresif semula.

Mereka telah menang dengan tujuh pembunuhan berbanding tiga ketika perlawanan memasuki minit ke-10. Akhirnya juara PMPL ID S8 berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

Perlawanan menjadi lebih sengit pada perlawanan ketiga. Onic Esports, yang telah mendapat keyakinan, dan pemain Blacklist kelihatan bingung dibuat untuk bekerja keras untuk menahan serangan.

Strategi pertempuran dengan tiga hingga empat pemain cuba dilakukan oleh Blacklist International. Dari situ mereka mendapatkan 'kill' beberapa kali, namun Onic Esports dapat menjangka dan berjaya menang.

Onic Esports memenangi MPLI 2021 dalam perlawanan keempat. Di mana mereka memaksa juara PMPL PH Musim 8.

Menarik perhatian kami apabila hashtag #IndoPride bergema di media sosial selepas mereka meratah Blacklist International.

Sambutan Kejohanan UMMLCC musim ke-3 peringkat negeri mendapat sambutan luar biasa di mana sebanyak 304 pasukan kampus dari seluruh negeri bersaing bagi melayakkan tempat pada Kejohanan Kebangasaan.

16 pasukan kampus yang mewakili negeri masing-masing menunjukkan kegigihan mereka menghadapi cabaran dan mendapat tempat di Kejohanan Kebangsaan yang akan berlangsung 20 dan 21 November 2021.

Sebanyaknya RM60,000 hadiah terkumpul dan 32,520 Diamonds bakal diraih pasukan pemenang.

Memandangkan terdapat permintaan yang tinggi untuk playoff Wildcard daripada pasukan yang menduduki tempat kedua dan ketiga pada U Mobile telah memperuntukkan 2 slot untuk playoff untuk dua pasukan mendapat tempat di Kejohanan Kebangsaan.

Team Rusuh dari Politeknik Sultan Idris Shah dan UiTM Vendetta dari UiTM Shah Alam mempamerkan aksi luar biasa bagi memperoleh slot kedudukan mereka untuk ke peringkat akhir.

14 Pasukan Kampus Yang Mewakili Negeri

1 Selangor Universiti Kebangsaan Malaysia XTINCT
2 Wilayah Persekutuan UiTM Selayang ASTRAZANECA
3 Negeri Sembilan UiTM Rembau TFK LIMIT
4 Melaka Universiti Teknikal Malaysia Melaka UTEM H
5 Johor Universiti Tun Hussein Onn DON’T FORGET JOKI
6 Perak Politeknik Premier Ungku Omar NO REGRETS
7 Penang Universiti Sains Malaysia PROXY ALLIANCE
8 Kedah Politeknik Sultanah Bahiyah CHOCOWEH X PTSB
9 Perlis Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin PTSS RUSHER
10 Pahang Universiti Malaysia Pahang UMP TIGRE DEL SUR
11 Kelantan Universiti Malaysia Kelantan POKEMON JR
12 Terengganu UiTM Dungun TELUK GADUNG
13 Sabah UiTM Kota Kinabalu, Sabah UITM RUSUH
14 Sarawak Universiti Malaysia Sarawak UES SIYES AH?

Sementara itu, berita baik kepada semua pelajar, pensyarah, dan pentadbiran di Universiti. U Mobile turut
melancarkan peraduan Win Giler Prizes dengan jumlah hadiah bernilai RM15,000.

Jangan lupa untuk berkongsi peraduan dengan keluarga dan rakan anda untuk merebut hadiah!

Daftarlah sekarang melalui URL ini, . Tempoh peraduan dari 27 Oktober 2021 hingga 31 Januari 2022.

Kekalahan pasukan Orange Esport kepada pasukan Alter Ego 1-2 semalam, agak menghampakan peminat tanah air di mana pasukan Orange Esport mendominasi perlawanan pertama namun pada perlawanan kedua kelihatan Alter Ego bagai 'dirasuk' pada perlawanan kedua dan perlawanan penentuan.

Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan pada pasukan Orange Esport kerana bermain agak baik pada awal perlawanan dan mula 'hilang arah' pada perlawanan dua perlawanan terakhir.

Hari ini, pasukan Todak akan berentap dengan pasukan See You Soon. Dijangkakan pasukan Todak akan menang mudah dalam perlawanan ini nanti.

Mampukah pemain pinjaman mereka Leixia 'menyinar' pada perlawanan ini? Corak permainan apakah yang akan ditonjolkan pasukan Todak pada hari ini.

Begitupun laluan pasukan Todak kelihatan sukar berikutan mereka berada dalam kumpulan bahaya apabila dipilih oleh Blacklist International untuk 'Berentap' dalam kumpulan sama iaitu kumpulan C.

Todak, Geek Fam ID, See You Soon, dan Bigetron Alpha akan berentap untuk melawan Blacklist di peringkat suku akhir kelak.

Pengumuman barisan pemain pasukan Todak untuk MPLI baru-baru ini memberikan pelbagai reaksi dari peminat apa pasukan itu membuat kejutan dengan 'meminjam' pemain RSG MY Leixia.

Walaupun prestasinya sedikit merudum pada musim ini, namun dengan pengalaman dan corak permainannya luar biasa khidmatnya ditagih pasukan Todak.

MPL Invitational bakal berlangsung 2 November ini di mana pasukan Todak, pasukan Orange dan SMG juga akan mengikuti MPL Invitational diikuti dengan beberapa pasukan daripada Indonesia, Singapura, Kemboja dan Filipina.

Dipinang Todak


Bagi Leixia dia tidak menjangkakan akan dipinjamkan ke pasukan Todak untuk MPLI kerana prestasinya kurang memberangsangkan.

"Ciku menghantar satu mesej di Whatsapp dan bagitahu Todak nak saya bermain dengan mereka untuk MPLI.

"Ketika itu saya tengah stream dan ciku masuk dalam live saya dan bagitahu sebelum pihak pengurusan RSG membuat rundingan dengan Todak mengenai perkara inj," katanya ketika ditemui.

Tekanan Dan Harapan Tinggi

Baginya, dia merasa agak sedikit tertekan kerana harapan pasukan Todak begitu tinggi dan berharap agar memperoleh kemenangan.

"Setiap pasukan mahukan kemenangan dan tiada yang mahu kekalahan. Mendapat tempat kedua pun tiada siapa yang ingat.

"Tekanan memang ada kerana ini kali pertama bermain bersama Todak dan harapan mereka terhadap saya begitu tinggi. Walaupun saya hanya pemain pinjaman saya perlu membuat yang terbaik," katanya.

Persiapan MPLI


Leixia berkata dia kini menetap di Gaming House Todak untuk bersama pasukan Todak melakukan latihan persediaan.

"Apa yang saya boleh katakan cara latihan di Todak dan RSG sangat berlainan dan mereka di sini sangat membantu saya.

"Kita tahu semua pemain Todak sangat berbakat dan saya sangat teruja ketika berlatih bersama. Kami berkongsi pengalaman bersama,"katanya.

Peluang Dan Luaskan Pengalaman.


Dia berkata, peluang untuk bermain MPLI ini adalah peluang tidak boleh dilepaskan.

"Banyak yang saya perlu belajar lagi dan perkara ini adalah satu peluang untuk saya meraih pengalaman dari pasukan lain.

"Saya akan lakukan yang terbaik dan akan mengharumkan nama negara dan nama kedua-dua pasukan,"katanya.

Kata-kata Dari Pemain RSG MY.

Sudah semestinya mereka menyokongnya kerana mereka tahu dengan peluang ini pemain itu akan lebih berjaya.

"Mereka kata buktikan kelebihan saya cakap jangan lupa jalan balik," katanya.

Dengan kemasukkan Leixia sebagai pemain pinjaman, mungkin akan memberi impak yang berlainan kepada pasukan itu. Lexia yang merupakan core yang diminati ramai semestinya boleh mengikuti rentak permainan Todak di MPLI nanti.

Sebagai seorang Jungler, Leixia bakal menunjukkan bakat bersama pasukan Todak bagi mendapatkan gelaran juara bagi MPLI 2021.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd (Tel: +603 9543 3838)
Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
© 2021 MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD. All Rights Reserved
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram