OUR STREAMERS

"Terima kasih kerana mengundi saya untuk memenangi anugerah ini!", Itu luahan pemain SEM9, S9HAHADEP pada ucapannya selepas memenangi anugerah berkenaan pada acara gilang gemilang Anugerah Golden Bullet l PMPL MY/SG Musim Ke-4, semalam.

Menurutnya, kejayaan ini adalah kejayaan berpasukan dan sokongan tidak henti dari peminat pasukannya memberikan dirinya peluang untuk memperoleh anugerah itu.

Sementara itu, GEEKDAMRUDE turut dinobat Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bullet Awards.

Bahang PMPL MY/SG S4 masih dirasai dengan kemenangan juaranya, Geek Fam, diangkat pada kali ini oleh PUBG Mobile Esports dengan kewujudan PMPL MY/SG Musim Ke-4 pada Golden Bullet Awards yang julung kali diadakan.

Turut menjadi perhatian apabila Arwah HAHAGUS turut menerima Anugerah Dalam Kenangan (Tribute) atas jasanya di dalam industri ini.

Antara pemenang-pemenang yang berjaya menerima anugerah pada Anugerah Bullet Awards.

MEMANG GEMPAK LA GENG!!! 🤩
🎯 Best Sniper - Secret Shotz
⚔ Best Fragger - Secret KiD
🧠 Best IGL - Vokey Gaming

Nice la!!!! Tahniah kepada King of Suntik, orang tua ManParang dan Budak 6cm!!! 😏😏😏
🔥 Rising Terminator - AdikLuq
👍 Best Support - ManParang
🔭 Best Scouter - Din ‘Jumper’

🌠 Rising Talent Award - Tashbunny & Kyrul Gaming
🤩 Most Creative Talent Award - Sir_Cloud & ChuChu Gaming
🤝 Best DUO Talent Award - J Hunter Gaming & Onthego Productions
🎉 Tahniah kepada para pemenang ini di Majlis Anugerah PUBG MOBILE ⭐ Golden Bullet 📣

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Golden Bullet PMPL MY/SG Musim Ke-4.

Bahang PMPL MY/SG S4 masih dirasai dengan kemenangan juaranya, Geek Fam, diangkat pada kali ini oleh PUBG Mobile Esports dengan kewujudan PMPL MY/SG Musim Ke-4 pada Golden Bullet Awards yang julung kali diadakan.

Pengarah PUBG Mobile, Asia Tenggara, Oliver Ye berkata, walaupun dunia dilanda musibah pandemik COVID-19, terdapat peningkatan dalam industri esports tempatan.

"Sehubungan dengan itu, MDEC dengan eGG Network ingin meraikan pemain profesional esports Malaysia dan Singapura.

Para pemain akan dihiburkan dengan kehadiran Masya Masyitah yang sedang popular dengan lagu Mandarin ‘Jiu Meng Xin Su’ dan ‘Remuk’ akan membuat persembahan dan menyampaikan anugerah dua anugerah khas pada majlis berprestiji itu bagi kategori Best Ingame Leader dan Best Performance Team.

“Ini merupakan sebuah penghargaan buat saya kerana dijemput untuk memeriahkan serta menghiburkan golongan esports di Malaysia dan Singapura.

“Terima kasih di atas kesudian ini kerana menjemput saya menjadi sebahagian daripada majlis anugerah yang pertama seumpamanya ini.

Pengerusi Industri Digital MDEC, Gopi Ganesalingam berkata MDEC mahu mewujudkan lebih peluang buat anak-anak muda negara dan komuniti berkaitan dalam arena esports dan dengan adanya Golden Bullet Awards, semoga lebih banyak inisiatif bakal menyusul kelak.

Jangan lupa saksikan Golden Bullet Awards pada 5.00pm, 28 November 2021 ini hanya di laman Facebook eGG Network dan Astro Ch800, serta di laman Facebook PUBGM Esports Malaysia dan saluran YouTube PUBGM Malaysia.

Selepas berjaya menumpaskan 16 pasukan lain dan memperoleh 2 chicken dinner dan 111 mata pada PMCC21, pastinya bidikan pada (PMCC SEA) 2021 pula menjadi sasaran.

Para peminat PUBG Mobile menyaksikan kemuncak Kejohanan Kampus PUBG Mobile (PMCC) 2021 apabila PMS Phantom dari Politeknik Muadzam Shah berjaya membidik dan menewaskan pasukan lain sekaligus merangkul gelaran pasukan PUBG Mobile terbaik bagi peringkat kolej! PMCC 2021.

Ketua Yoodo, Tuck Mun berkata, pihaknya sangat teruja dengan sambutan hebat yang diterima PMCC daripada pemain dan peminat.

"Dengan sokongan anda, Yoodo akan terus membawakan lebih banyak inisiatif esukan yang menarik pada masa hadapan.

"Kami tidak sabar untuk menonton aksi tiga pemenang PMCC 2021 tidak lama lagi!”

PMS Phantom bersama pemenang tempat kedua UniKL.Nova dan ketiga UBMI.Esport dari Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute of Information Technology dan Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute PMCC 2021 akan mewakili Malaysia pada PMCC SEA 2021, di mana mereka akan bersaing bersama pasukan kampus PUBG Mobile dari Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Sementara itu, PMCC 2021 turut menampilkan Pencarian Pengulas untuk penyampai terbaik, Mohd Izzat Najmi bin Safie (Xenpai) dari Universiti Malaysia Perlis dan Mohammad Adib Adam bin Mohammad Nawawi (Dibo) dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, berjaya memenangi pencarian tersebut.

Selain itu Yoodo turut memperkenalkan pencarian wajah PMCC 2021 melalui pencarian Duta Kampus dan Nurul Zulaikha Najwa binti Aminuddin Zaki (Juju) dan Nur Shameerina Asifa binti Mohammad Shamsul (Curry), kedua-duanya dari Universiti Kuala Lumpur, telah dinobatkan sebagai pemenang dalam pencarian tersebut.

PMCC tahun ini memberikan hadiah yang lebih tinggi daripada sebelumnya di mana juara kejohanan tersebut juga akan membawa pulang bahagian terbesar daripada hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM60,000.

Menurut Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo berkata, tiga pasukan teratas (PMCC) 2021 layak ke Kejohanan Kampus PUBG Mobile SEA (PMCC SEA) 2021.

“Selain hadiah wang tunai, 3 pasukan teratas juga akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan PMCC SEA 2021, menentang pemenang dari negara lain di rantau ini.

 

"Ia sememangnya ujian kemahiran yang sebenar dan Yoodo berbangga dapat memperkasakan pemain muda dalam perjalanan mereka untuk mencapai kejayaan,” katanya.

“Ini menunjukkan bahawa 16 pasukan teratas akan berjuang habis-habisan pada peringkat akhir. Sebagai jenama yang sangat komited dalam mencungkil bakat muda tempatan, khususnya dalam esukan, kami amat berpuas hati melihat usaha kami dalam PMCC 2021," katanya.

16 pasukan teratas Kejohanan Kampus Yoodo PUBG Mobile (PMCC) 2021 akan bertarung untuk merangkul gelaran juara PMCC 2021 pada minggu ini (20 dan 21 November 2021).

Sementara itu, perlawanan istimewa Hide;Seek yang disertai para influencer PUBG Mobile kegemaran ramai seperti Soloz, Daddyhood, Master Ramen, Pemburu dan lain-lain pada jam 5.00 petang pada 21 November ini.

Siapa tidak mengenali rapper popular Malaysia, MK K-Clique atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin Hamdan baru-baru ini muncul dengan lagu terbaru berjudul ’SAPU RATA’ kolaborasi bersama Wolfy yang juga merupakan lagu tema untuk permainan PUBG MOBILE.

"MK sangat bersyukur, ini satu projek yang besar berkolaberasi dengan PUBGM, Wolfy dan satu lagi perjalanan untuk MK maju ke depan.

"Harap peminat PUBGM dapat terima dan memberi sokongan kepada dunia musik dan industri e-Sukan.

Beliau juga dilantik sebagai duta jenama untuk PUBG MOBILE di Malaysia pada Mei yang lepas.

Di dalam musik video rasmi 'Sapu Rata' itu juga membawakan KOL's HB Daddyhood, AC Soloz, R2K XK Penjahat, R2K Agusrianzz, SMG Ziso, HB Nukk dan Evos Yakuza.

Sementara itu, HB Daddyhood berkata mereka teruja dan gembira apabila terbabit dalam musik video 'Sapu Rata' dan berjaya

''Ianya sesuatu yang baru untuk kami. Ianya satu benda yang official dan ramai influencer yang ada tapi kami yang dipilih. Ianya satu perkara yang sangat mengembirakan kami.

"Terima kasih kepada PUBGM yang sudi mengambil kami sebagai bakat di dalam MV ini dan harapan kami lagu ini akan menjadi siulan pemain PUBGM dan menjadi pilihan mereka serta ini merupakan juga kempen kepada peminat agar sentiasa mengingati permainan ini," katanya.

‘SAPU RATA* kini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox, Youtube (MV) dan juga Apple Music termasuk di dalam permainan video PUBG MOBILE.

Berita baik buat pemain PUBG Mobile, hari ini eGG membawakan anda eGG Anniversary Cup PUBG Mobile sempena ulang tahun ke-5 eGG Network.

Adakah pasukan anda yang kami cari untuk dinobatkan sebagai Juara eGG Anniversary Cup PUBG Mobile.

Kepada pemain-pemain PUBG Mobile di luar sana inilah masanya untuk tunjukkan kehebatan anda dan rakan dalam permainan PUBG Mobile.

Apa tunggu lagi, sertai sekarang. Dengan hadiah wang terkumpul sebanyak RM 8,000.

Pertandingan ini khas untuk pemain-pemain Amatur sahaja.

➊ Pendaftaran adalah PERCUMA

➋ Pendaftaran akan ditutup pada 26 OKTOBER 2021 | Jam 12 tengah malam.

Pastikan anda dengan pasukan anda sudah bersiap-sedia!

Pasukan manakah yang bakal menjadi juara untuk PUBG Mobile eGG Anniversary Cup ini. Nantikan! Link pendaftaran anda boleh klik disini.

Sebelum pendaftaran sila pastikan anda membaca T&C dan Syarat-syarat penyertaan okay.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd (Tel: +603 9543 3838)
Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
© 2021 MEASAT BROADCAST NETWORK SYSTEMS SDN BHD. All Rights Reserved
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram