OUR STREAMERS

Berada dalam kumpulan maut PMGC bukan sesuatu yang diinginkan sesebuah pasukan mahupun pemain.

Itulah yang terpaksa dihadapi pasukan Malaysia Yoodo Alliance yang terpaksa akur dengan kekalahan mereka pada PMGC2022 di tangga ke 15 dalam kumpulan Hijau.

Jelas pasukan Yoodo Alliance perlu memperbaiki corak permainan mereka dan pengalaman pertama bermain di PMGC serta berada dalam pasukan maut bukanlah sesuatu yang baik.

Namun, berada dalam pasukan maut ini memberikan mereka pengalaman baru bermain dengan pasukan lebih kuat.

Terdapat juga cakap-cakap belakang mendakwa kekalahan pasukan mereka ini disebabkan tiada jurulatih antara punca kekalahan.

Perjalanan yang jauh dari Qualifier, PMPL MYSGPH, ke SEA dan kini di pentas dunia. Yang pastinya, ini akan menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan dan pengajaran yang terbaik!

Tahniah kepada Top 3 Kumpulan Hijau yang akan mara terus ke Grand Finals PMGC 2022, Godlike Stalwart, Nova dan Flux Esports.

Pemburu ataupun dikenali sebagai Arul baru-baru ini dijemput sebagai tetamu dalam rancangan

Dari Hati. Pemburu berkongsi pengalamanya dalam menempuh perjalanan sebagai strimer.

Kisah perjalanannya yang sangat tabah, tetapi akhirnya mendatangkan hasil.


Apa kata korang baca eksklusif majalah Dari Hati khas untuk Pemburu ini.

Klik disini untuk membaca majalah penuh

Dari Hati Episod 10 kini boleh ditonton melalui sooka Malaysia, Astro GO dan Youtube eGG Network.

What an exciting start to the new season of the PUBG Mobile Professional League Malaysia/Singapore. Here's a quick summary of what went down on Tuesday and Wednesday:

Super Weekend #1 teams:

It's only the first of three weeks, so the non-Super Weekend teams still have time to step up if they plan on competing at the country finals. In the meantime, we'll get to enjoy the top 16 from week 1 at the first Super Weekend, starting Friday, 27 August. Make sure you don't miss out and catch PMPL-MY/SG S4 live on the official Facebook Page, PUBG Mobile Esports, YouTube, WeTV and Esports Fight Club.

Artikel ini adalah sebahagian daripada siri pubg Mobile mini-panduan dari rakan eGCellent di eGG Network, untuk membantu meningkatkan kehebatan anda dalam pertempuran beramai-ramai (Battle Royale) dengan teknik yang mudah difahami.


Tidak menghairankan, pemain profesional menggunakan bom asap dengan banyaknya, terutamanya dalam kejohanan e-sukan PUBG Mobile peringkat tinggi seperti PUBG Mobile Global Championship Season Zero (PMGC 2020). Lagipun, ianya adalah salah satu 'pickup' yang berharga yang terdapat di PUBG Mobile, penting untuk memenangi 'Winner Winner Chicken Dinner'. Oleh itu, sudah tiba masanya pemain menggunakan utiliti selain bom peledak (Frag Grenade) dan mengetahui cara pengunaannya.

Selain itu, untuk menjadikan panduan ini lebih mudah difahami, terlintas difikiran penulis untuk mendapatkan pakar iaitu pemain (support/grenadier) Team SMG, Bard, Lagipun, Team SMG PUBG Mobile mendapat tempat ketiga dalam PMPL MY/SG Musim 2 dan mewakili Malaysia dalam PmPL SEA Finals Musim 2.

Jom! kita ketahui perkara teknikal dulu sebelum mengupas apa tips menarik.

Info-info Penting

Masa cook : Tujuh saat
Masa fius: Tiga saat
Diameter anggaran asap: 10 meter (ya, kami mengukurnya)
Berat: 14 ruangan

Tidak seperti bom peledak, tanpa mengira berapa lama anda bom asap (iaitu apabila anda memegang butang melempar tanpa melepaskan), masa fius (jangka masa dilepaskan) tetap sama. Berat bom asap adalah utiliti ketiga paling berat selepas bom peledak (18) dan Molotov Cocktails (16).

Tangkap layar permainan video

Berhati-hati ketika

Cara yang paling biasa bahawa semua orang menggunakan bom asap adalah untuk menyelamatkan diri sendiri, serta rakan sepasukan. Ini berguna dalam pelbagai senario yang anda akan ketahui, seperti:

Kepintaran kami mengukur diameter bom asap.

Walau bagaimanapun, perkara ini membolehkan dan menggalakkan musuh untuk menembak ke dalam asap untuk mengetahui lokasi anda yang sering dilihat pemain pro lakukan dari semasa ke semasa. Walaupun terdapat kelemahan, kaedah ini masih berfungsi lebih kerap, dan ia adalah baik untuk berhati-hati supaya lebih menyedari apa yang boleh berlaku dan sentiasa bersedia.

Terancam ketika pemulihan

Apabila anda sedang merawat diri semasa bersembunyi dalam asap, salah satu cara untuk menentang isu di atas adalah untuk berbaring ketika merawat di atas tanah semasa pemulihan. Ini mengurangkan kesan 'hitbox' (kawasan di mana anda menerima kerosakan) secara drastik, membiarkan anda sembuh lebih selamat. Walaupun anda masih berisiko terkena tmebakan musuh, sekurang-kurangnya ini menjadikan anda lebih tidak dapat diramalkan daripada dengan berdiri atau membongkok.

Gunakan lemparan rendah

Walaupun lemparan tinggi adalah tetapan utama untuk mencampak bom tangan, bom asap boleh dikatakan lebih baik digunakan menggunakan lemparan rendah kerana ia memberi anda lebih banyak kawalan dan melepaskannya lebih dekat kepada anda. Ini kerana anda akan menggunakannya lebih kerap untuk menyembuh anda dan rakan skuad anda, dan anda memerlukan asap yang dekat untuk berbuat demikian; lemparan rendah mengurangkan lantunan lontaran anda juga. Walaupun begitu, ini adalah situasi semata-mata, dan terpulang kepada keutamaan anda juga.

Idea ini ihsan Riggs Gaming di YouTube

Tiada lagi persembunyian

Dah tak ada dekat sana.

Jika anda ingin meningkatkan kemahiran berfikir, mengapa tidak menggunakan bom asap untuk tujuan lain bagi mengaburi pihak musuh?? Anda boleh mengenakan pihak musuh dengan:

Biarkan mereka berfikir

Ambil perhatian bahawa ini memerlukan anda menggunakan lebih banyak bom asap daripada biasa. Lebih baik bersedia dengan segala kelengkapan bagi mengatasi setiap situasi.

Apa yang pro lakukan

Bard secara peribadi memegang lima hingga sembilan bom tangan asap dalam setiap perlawanan, jadi dia boleh membantu pasukannya dalam setiap situasi permainan. "Tujuan utama saya untuk bom asap adalah untuk menghalang musuh daripada menyerang pasukan saya," dengan 'bermain-main' dan mengelirukan mereka. Dia menggemari taktikal bom asap dalam satu baris bagi mewujudkan dinding asap. Grenadier Team SMG menasihatkan untuk "menggunakan asap anda dengan bijak, jangan pernah membazirkannya pada satu kawasan" dan menyebarkannya.

Kongsi dengan kami dalam komen di bawah jika anda mempunyai teknik penggunaan bom asap yang lebih menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai Team SMG PUBG Mobile, lihat halaman Facebook mereka.

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)