OUR STREAMERS

Dari Hati kali ini membawa seorang wanita yang dikatakan boleh tidur dimana-mana sahaja. Biar betul Nak tahu?

Jom ikuti kisah temubual bersama tetamu Dari Hati kali ini, SleepyGodzillas:-

Nak tahu lebih lanjut mengenai Sleepygodzillas klik disini.

Sekiranya anda terlepas peluang untuk menyaksi Dari Hati, kini anda boleh menonton melalui Astro GO dan Sooka Malaysia.

Dari Hati episod seterusnya pada 21 Jun 2022 jam 9 malam (GMT+8) hanya di eGG Network (Saluran 800).

Rata-rata masih belum boleh melupakan perlawanan akhir diantara RSG PH dan RRQ HOSHI yang menjadi tanda tanya apakah yang berlaku kepada pasukan RRQ HOSHI.

Menghalang pemain dari mengambil hero kegemaran mereka adalah fakto utama kemenangn buat pasukan RSG PH.

Menurut Demonkite berkata, Franco dan Claude merupakan pemain kegemaran buat pasukan RRQ HOSHI dan ternyata dengan melakukan 'ban' kepada dua hero ini mereka mati akal.

"Vyn hanya mampu bermain hero Franco jadi dengan menghalang pengambilan hero berkenaan memberikan kami untuk mendominasi perlawanan.

"Kami belajar di 'upper bracket' dan kami sedari Franco dan Claude mereka sangat kuat dan kami yakin boleh menewaskan mereka di final.

Dia berkata, mereka (RRQ HOSHI) bermain sangat baik namun bukan rezeki mereka untuk menjadi juara.

RRQ HOSHI Skylar tidak diberkan peluang untuk mendapatkan hero Claude dan corak permainannya agak berlainan.

Tiada pasukan yang mampu menghalang pasukan RRQ Hoshi untuk melayakkan diri ke Grand Final MSC2022.

Tiga pasukan dari lower bracket iaitu Falcon, Smart Omega dan RSG PH dan hanya satu pasukan dari lower bracket yang akan mara ke Grand Final.

Menurut R7 RRQ Hoshi berkata, pasukannnya sudah berjumpa pasukan lain sebelum ini dan ingin bertemu dengan pasukan Falcon di perlawanan akhir.

"Kami bersahabat dan kami ingin bertemu mereka nanti," katanya.

Perlawanan pertama dan kedua didominasi pasukan RRQ Hoshi yang bermain sangat disiplin dan konsisten tanpa melakukan kesilapan besar.

Perlawanan ketiga kemenangan diperoleh pasukan RSG PH yang cuba bangkit dari dua kekalahan awal.

Pada perlawanan keempat RRQ HOSHI terus mempamerkan corak permainan yang tidak merusuh dan santai.

Berdasarkan dari pengamatan media dari Indonesia juga mendakwa corak permainan mereka yang santai dan tidak suka membuat kesilapan adalah faktor utama pihak lawan sukar mengugat mereka.

Perlawanan seteru dua negara antara Todak dan RRQ Hoshi bakal menjadi tumpuan kerana dendam antara mereka tidak pernah berhenti.

Pasukan RRQ Hoshi dikatakan pasukan penghalang buat Todak pada setiap kali kejohanan besar dianjurkan.

Dua kali pasukan Todak tewas dengan pasukan RRQ Hoshi dan jika meraih kemenangan sudah pasti satu berita gembira buat rakyat Malaysia.

Menurut pemain RRQ Hoshi, R7 berkata, jodoh mereka begitu kuat dengan pasukan tuan rumah dan pastinya menjadi tumpuan.

"Kami akan tunjukkan sesuatu pada perlawanan ini, dan pastinya ianya tidak akan dijangka," katanya.

Todak Moon pula berkata, mereka ingin menewaskan pasukan jiran kerana mereka pernah kalah dan menginginkan kemenangan.

"Memang jodoh todak RRQ Hoshi tak dapat dipisahkan. Pasti akan bertemu mereka dan kami memang nak menang," katanya.

'Kami ingin bertemu dengan pasukan Todak untuk BO5" kata Ken Falcon mengenai pasukan mana yang mereka ingin berentap selepas berjaya untuk peringkat seterusnya.

Satu perlawanan yang boleh dikatakan mudah buat pasukan Falcon yang berjaya tumbangkan RSG SG 3-0 pada braket bawah sebentar tadi.

Menurutnya, pasukannya hanya bermain dua perlawanan dan seri pada peringkat kumpulan.

"Kami yakin boleh mengalahkan pasukan gergasi Todak jika bertemu sekali lagi," katanya.

Dalam masa yang sama, pasukan Falcon mempunyai merupakan pasukan luar yang mempunyai jumlah peminat yang hadir pada temasya kali ini.

Hari ini merupakan hari kedua untuk MSC2022 peringkat kumpulan di mana pasukan Orange Esport bertemu pasukan dari

Pada perlawanan pertama pasukan Orange Esport memulakan perlawanan dengan agak perlahan mungkin kerana ingin melihat kemampuan pasukan lawan.

Di tengah perlawanan mereka mula menunjukkan corak permainan yang sebenar dan turut membuat pihak lawan hilang arah seketika.

Namun pasukan Impunity terpaksa akur dengan dominasi pasukan Orange Esport hilang lewat perlawanan hingga terpaksa akur.

Di perlawanan kedua pasukan Orange Esport bermula garang namun pasukan Impunity sudah mula menampakkan corak permainan pasukan lawan dan berjaya mendapatan kemenangan.

Diperlawanan menentang Evos SG, pasukan Orange berjaya mendapatkan hero Wanwan di kedua-dua perlawanan yang juga hero kegemaran Valenz memberikan mereka kelebihan.

Ternyata pasukan Orange Esports mahukan kemenangan dan bermain secara berdisplin sehingga memperoleh mata penuh.

Pasukan Orange Esports berjaya mendapatkan 4 mata dan berjaya melayakkan diri ke Playoffs.

Pasukan mana yang bakal Todak dan Orange Esports akan bertemu pada playoffs Selasa ini?

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram