OUR STREAMERS

CeF: SUMAREH DAN NORHAIKAL 'TARUHAN' JDT ESPORTS DI CHAMPIONS eFOOTBALL

Posted by Nadzreen on August 5, 2021

Nama pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak asing lagi dalam kalangan peminat bola sepak tanah air yang kini akan melakukan debut esports pada Champions eFootball.

Harimau Selatan akan diwakili oleh pemain bola sepak profesional JDT, Mohamadou Sumareh dan eFootballer, Mohamad NorHaikal Noh, yang merupakan peserta separuh akhir Sukan Asia 2018 dan antara dua wakil Malaysia terbaik untuk PES 2020.

Kejohanan itu akan menyaksikan lapan kelab terbaik di Asia Tenggara bertanding dalam KONAMI PES 2021 dari 9 September sehingga 7 Oktober dan sang juara bakal membawa wang tunai terkumpul sebanyak 9,000 USD

KREDIT : officialjohor

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan pemilik JDT berkata didorong oleh minat kami terhadap bola sepak, kami teruja untuk menjejakkan kaki ke dunia esports sambil memaparkan lambang dan warna kelab kesayangan kami, JDT FC.

"Champions eFootball akan memberi kita peluang untuk mempamerkan bakat muda yang mewakili kelab sambil menarik penonton-penonton yang baru di esports. Kami juga bersemangat untuk bersaing dengan kelab-kelab lain di rantau ini dan menantikan perlawanan-perlawanan antarabangsa pada masa hadapan.”

Pasukan-pasukan lain yang bertanding dalam Champions eFootball ialah Buriram United FC dan Chonburi FC dari Thailand, Persib Bandung FC dari Indonesia, Tampines Rovers FC dari Singapura, United City FC dari Filipina, Nagaworld FC dari Kemboja dan Ho Chi Minh City FC dari Vietnam.

Pertandingan ini akan terdiri daripada dua kategori ELITE dan STAR. Dalam kategori ELITE, kelab bola sepak yang mengambil bahagian akan diwakili oleh pemain esports profesional dan kategori STAR akan menampilkan pemain bola sepak dari seluruh wilayah termasuk Mohamadou Sumareh (Malaysia), Beckham Putra (Indonesia), Worachit Kanitsribumphen (Thailand) dan Lam Ti Phong (Vietnam).

Ayuh!! peminat bola sepak tanah air, mari kita berikan sokongan yang padu kepada pasukan Harimau Selatan dalam saingan di Champions eFootball.

Anda boleh menonton secara langsung di saluran Facebook dan Youtube rasmi CeF.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram