OUR STREAMERS

Dominus: Hukuman diberikan tidak setimpal!

Posted by Nadzreen on March 31, 2022

Hasil keputusan sisatan dan hukuman yang dikenakan terhadap pemain Team OP seakan 'pilih kasih' kerana apa yang dilakukan mereka jelas salah kerana membabitkan isu berbaur perkauman dan agama.

Dalam satu temuduga bersama pemain Geek Fam, Nik Aqieff Nik Muhd Muhyyiddin atau dikenali sebagai Dominus berkata hukuman diberikan kepada pemain Team Op tidak seperti yang diharapkan.

"Perasaan saya dan pasukan sekarang ini agak hampa dengan keputusan yang diberikan. Ini perkara yang serius dan besar, jika hukuman sekadar diban dari bermain MPL dan MLBB dan penolakkan mata.

"Jika ini hukuman yang diberikan, pasti akan ada kejadian seperti ini akan berlaku kerana sekadar hukuman diban 2 dan 3 tahun saja. Sedangkan isu berkenaan joki diban seumur hidup. Mana keadilannya?

Dominus berkata, pemohonan maaf dari pasukan OP tidak ikhlas malah dalam kenyataan mereka ia mengambarkan dirinya memulakan provokasi.

"Bukti semua ada sedangkan kejadian berlaku ketika kami sedang strim. Jadi semua pihak boleh lihat siapa yang mulakan dahulu," katanya.

Dia berkata, isu membabitkan perkauman dan agama ini sangat serius sedang jurulatih pasukan Geek Fam Amoux juga berasal dari Singapura dan pemilik mereka juga seorang berbangsa Cina.

"Memang tak boleh terima apa yang mereka katakan. Dorang pemain pro macam mana boleh cakap macam tu? Rasa tak puas hati tu sampai sekarang tak boleh nak sorok dengan kata-kata mereka yang sangat melampau.

"Kalau nak toxic pun tak ada salahnya, itu perkara biasa. Tapi bila dan lebih itu yang tak boleh diterima," katanya.

Dominus juga turut mengucapkan penghargaan terhadap peminat dan pasukan MPLMYS9 yang memberi sokongan terhadap pasukannya.

"Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada kami dari peminat dan juga rakan-rakan pro player dan jurulatih dari pasukan lain.

"Dalam pertandingan kami bermusuhan, diluar kami rakan seperjuangan. Terima kasih semua atas sokongan,"katanya.

Sementara itu, pihak pengurusan Geek Fam berkata isu perkauman dan Agama adalah topik yang sangat sensitif dan harus diselesaikan dengan cepat.

"Pasukan OP mengeluarkan kenyataan permohonan maaf dan juga pemain mereka. Bagaimanapun permohonan maaf yang ditulis oleh beberapa pemain (PA, Bush & DarA) jelas tidak ikhlas kerana mereka mengatakan bahawa mereka hanya membalas komen Dominus dan semua orang mengejek satu sama lain.

"Persoalan bagaimana kenyataan sedemikian boleh diluluskan dan dikeluarkan sedangkan semua bukti jelas ditangkap secara langsung.

Pihaknya berkata, Geek Fam pastinya tidak mengalu-alukan perbuatan perkauman dan agama kerana Geek Fam adalah kelab yang mengalu-alukan semua lapisan masyarakat.

"Kami adalah kepelbagaian dan berbilang kaum. Tidak kira budaya, bahasa yang anda pertuturkan, agama, bangsa atau kepercayaan anda, kami menerima dan melindungi keluarga kami.

"Jurulatih kami Amoux adalah warga Singapura, kebanyakan pemain pro kami beragama Islam dan pemilik adalah berbangsa Cina namun tiada pemain kami pernah merasa di diskriminasi atas perbezaan mereka dan bagaimana perkara sebegitu boleh berlaku kepada pemain kami namun ia mengambil masa yang lama untuk memberikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat,"katanya.

Hasil keputusan dari siasatan pihak MPL SG mengenakan hukuman terhadap empat pemain Team OP, darA, Ryeb, Paaa dan Bush.

Tiga pemain diban selama dua tahun dan seorang lagi dikenakan setahun dari menyertai kejohanan MPL dan kejohanan MLBB

Untuk Team OP pula dikenakan penolakan 10 mata kerana kesalahan urus pemain.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram