OUR STREAMERS

DONGIBAB: Dari Gamer Ke Aktor? Siri Komedi DONGIBAB serlah bakat terpendam strimer!

Posted by Nadzreen on January 20, 2022

Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu! Itulah peribahasa yang bersesuaian untuk diungkapkan kepada para strimer terkemuka Malaysia yang sentiasa mengambil peluang dalam mengetengahkan bakat mereka sehingga terhasilnya Siri Komedi Pertama; Dongibab.

Siri Dongibab membawakan strimer terkemuka seperti Jaasuzuran, Uncle Dyy, FattahZie Gaming, dan Daddy Hood, beserta dengan salah seorang watak ‘musketeer’ utama di Kelab Mickey Mouse Malaysia, Ellya Keesha memberikan satu pembaharuan dalam bidang ini dengan menyertai dunia arus perdana dan berinteraksi dengan audiens yang lebih luas.

Sinopsis Dongibab

Siri ini mengisahkan tentang seorang anak muda, Fatah yang mengambil alih tugas menjaga kafe siber milik ayah beliau. Namun begitu, kawan baik Fatah, Lukeman, beranggapan tiada harapan untuk Fatah membangunkan perniagaan seperti kafe siber di kawasan bandar kecil mereka. Dalam pada itu, bas yang
dinaiki Lilian bersama sekumpulan rakan ‘gamers’ beliau terkandas di kawasan perumahan Fatah.

Tanpa sebarang signal penerimaan telefon bimbit, satu-satunya harapan Lilian dan rakan-rakannya adalah menerusi akses internet yang ada di kafe siber Fatah. Dengan dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi, Lilian tidak berputus asa dan nekad untuk memastikan festival ‘gaming’ anjurannya berjaya diadakan, walaupun jika ia perlu dibuat di bandar kecil! Lilian mendapat sokongan dari pemain video game
terkemuka, Mr. Canto, namun begitu, Juno berharap usaha Lilian gagal dan tidak berjaya dilaksanakan.

Sebanyak enam episod akan ditayangkan bermula pada 24 Januari sehingga 29 Januari pada jam 9.30 malam. Anda boleh menyaksikan aksi mereka di saluran eGG Network 800, Astro GO, dan Sooka. Yang pastinya membuatkan anda tidak kering gusi.

TRAILER DONGIBAB

JAASUZURAN sebagai Juno

Siapa yang tidak mengenali JAASUZURAN yang merupakan penghibur dalam kehidupan sebenar dan ruang maya. Jaasuzuran dikenali sejak zaman awalnya sebagai penyampai radio Era fm, kemudian sebagai pengacara, pelakon dan
penstrim. Pesonanya membuat penonton terbuai dalam setiap konten yang menarik hasil dari keperibadiannya yang berkarisma dan mesra.

“Saya berbesar hati dan bangga kerana diberi peluang untuk berkerjasama dengan rakan-rakan streamer besar di Malaysia. Terasa paling mantap dan excited!”

Menurutnya, melakonkan watak Juno sangat mencabar kerana dia perlu menjadi seorang yang serius dan

"Sangat mencabar di mana saya tidak boleh senyum dan ketawa sedangkan diri saya yang sebenar bukan seperti watak ini," katanya.

DADDY HOOD sebagai Mr Canto

Daddy Hood pasti seorang tokoh terkemuka dalam adegan e-sukan. Dia adalah pengasas Bosskurr dan telah mengambil banyak kreator dan pemain di bawah sayapnya untuk bermain dan berkembang bersama-sama. Individu berkarisma ini akan meninggalkan kesan kepada penontonnya terpegun dengan permainannya yang kelam kabut dan kelakar. Dia dihormati dan disayangi oleh peminatnya kerana dia melayan mereka semua seperti keluarga.

“Happy bila dapat pengalaman first time jadi main cast. Bukan senang nak deliver mood, moment dan jadi character yang lain. Harap lakonan saya tak agak kayu. Tapi saya happy dapat berlakon dengan kawan kawan & habiskan scene on time!”

FATTAHZIE GAMING sebagai Lukeman

Menjadi seorang Penstrim Facebook Gaming menekankan kepentingan pengurusan masa dan dia seorang yang sangat mendedikasikan dirinya kepada keluarga dan kerjayanya. Walaupun kepentingan kepada peminatnya tinggi, namun keluarga adalah masih menjadi keutamaan FattahZie, itulah sebabnya dia menekankan untuk berpegang kepada jadual hariannya. Streaming dari 3PM - 6PM setiap hari, dan waktu malam adalah waktu keluarganya.

“Saya seronok bila bekerja bersama rakan-rakan sekerja iaitu streamers. Walaupun pertama kali berlakon dah terus jadi main cast membuatkan saya rasa terharu dan bangga. Harap lakonan kami nampak natural.”

Menurutnya, watak yang dilakokannya adalah watak sebenar tentang dirinya yang kelam kabut dan sukakan perhatian.

"Watak ini memang watak saya yang original. Jika anda kenal Fattahzie begitu juga lah sama dengan watak ini," katanya.

UNCLE DYY sebagai Fatah

Bagi anda yang mengikuti adegan lakonan GTA V di Malaysia, Uncle Dyy pastinya tidak asing kepada anda. Streamer berusia 28 tahun mendapati kejayaan
dengan penstriman pengembaraannya di bandar Los Santos dan kemudian di "Kuala Lumpur". Walaupun dia memainkan banyak permainan di alirannya, satu perkara tetap konsisten dengan pelbagaikan lagi lawak dan keperibadiannya seorang yang ceria.

“I happy sebab dah lama teringin nak berlakon, and dapat peluang ini untuk berlakon. Dapat belajar something new for myself. Looking forward to explore more.” katanya.

ELLYA KEESHA sebagai Lilian

Ellya Keesha bermula sebagai Mouseketeer di Kelab Mickey Mouse Disney Malaysia. Sebagai seorang Mouseketeer yang terkenal, Ellya sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mengimbangkan kehidupan kerjaya dan kehidupan seorang pelajar.

Dengan penglibatannya di dalam siri Dongibab ini, Ia juga merupakan satu langkah berani ke hadapan untuk Ellya berlakon dan mencipta nama.

“Pada peringkat awal pembabitan saya dengan Dongibab, saya akui ada perasaan gugup dan gementar kerana saya bukan seorang ‘gamer’ seperti barisan pelakon yang lain. Pada masa yang sama, ini merupakan penampilan saya yang pertama sebagai tonggak utama, jadi sudah tentu saya ada perasaan gementar itu.

"Namun begitu,setelah bersama dengan mereka, saya rasa cukup seronok dan teruja dapat bekerja dengan streamers yang power dekat Malaysia, diorang semua humble & kelakar, selalu menghiburkan semua orang dekat set walaupun dah pukul 12 tengah malam. It was great to see everyone working hard to make this happen and I’m hoping for the outcome to be great too, InsyaAllah.”

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)