
E1 Championship dinobatkan Juara The Clutch Singapore 2022!
E1 Championship Axle Sports dan eGG Network dinobatkan memenangi The Clutch di ESI Singapore 2022, yang berlangsung pada 6 dan 7 Julai lalui.
The Clutch ialah pertandingan pembentangan idea pelaburan Esports Insider (ESI) bermula di ESI London 2019 dengan matlamat untuk membantu syarikat baru yang berkaitan dengan e-sukan yang memerlukan pembiayaan serta bimbingan.
Edisi APAC pertama The Clutch, yang diadakan dengan kerjasama Enjinstarter dan Bird & Bird, telah menjadi acara utama ESI dengan ESI Singapura penganjuran keenam tahun ini.

Panel juri terdiri daripada pakar industri dan usahawan berpengalaman serta pelabur dalam sukan iaitu Jane Guo, VP Analytics & Insight, ONE Esports; Samson Oh, Ketua Pegawai Eksekutif GosuGamers dan RareSpawn Ventures; Simon Nichols, Pengasas Bersama dan Rakan Kongsi Urusan, Pengurusan Dana Wolfpack; Melvin Kuek, Penasihat Kanan, Persekutuan Esports Global dan Joseph Khan, Ketua Pegawai Operasi, EnjinStarter.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Axle Sports Alex Yoong, yang mengetuai pembentangan E1 berjaya mengatasi dua lagi finalis Zenway Productions dan EMERGE Esports.
“Kami benar-benar berbesar hati untuk memenangi edisi sulung APAC The Clutch.

"Rasa gembira apabila juri memahami dan mempercayai visi kami tentang visual ke realiti, di mana kami melatih pelumba sim terbaik untuk menjadi pemandu sebenar.
"Tetapi yang lebih penting, kami berharap ini akan memberikan E1 permulaan yang diperlukan untuk menjadi persaingan global.” katanya.
Ketua Sukan Astro Nicholas John berkata mereka gembira dapat bekerjasama dengan rakan kongsi yang berfikiran sama dan bahawa E1 berpotensi besar untuk menemui lebih ramai pemandu berbakat dan menarik lagi ramai peminat E1," katanya.
Juri Clutch, Joseph Khan, COO Enjinstarter berkata, pembentangan E1 semasa itu menarik perhatian para hakim, dan menyampaikan kepada kami lebih daripada sekadar visi.