OUR STREAMERS

PUBGM:Perjanjian SEM9.GANK bernilai RM2 Juta

Posted by Nadzreen on August 11, 2021

Akhirnya segala tanda tanya peminat terjawab apabila kerjasama antara pasukan PUBG Mobile popular tanah air, Gank dan syarikat e-sukan Asia Tenggara, Sem9 ianya dilihat suatu perkembangan terbaik dan ikatan kerjasama itu adalah nilai yang terbesar dalam industri e-sukan Malaysia.

Dalam pemerolehan perjanjian yang dinyatakan pada harga 2 juta Ringgit antara SEAGM dan Wulf Esports, pasukan akan bertanding di PUBG Mobile Pro League (PMPL) Musim 4 yang akan datang dan semua acara PUBG Mobile esports yang akan datang sebagai "SEM9.GANK" - pasukan PUBG Mobile untuk organisasi esports SEM9.

Dengan mengekalkan skuad Gank iaitu ManParang (kapten), Bravo (rusher), Putra (Support), Draxx (fragger) wrydep (rusher) bersama dengan Hahagus (Coach) dan Soultan (Analyst) dapat mengambarkan pasukan ini mampu memberi saingan pada PMPL MUSIM 4.

Antara perkara penting yang dimaklumkan dan sidang media itu juga perkara terbaik akan diterima adalah kenaikan gaji pemain dan mereka yang terbabit dan kebajikan pemain lebih terjamin dari jaminan kesihatan (insuran nyawa pemain), ada jaminan Kumpulan Wang Simpanan Pelaburan (KWSP) dan SOCSO.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Team GANK Wulf Esports Kevin Wong memutuskan untuk melakukan kerjasama dengan penaja lama SEAGM kerana yakin dengan potensi pertumbuhan SEM9 sebagai visi esports yang diletakkan oleh CEO SEAGM, Tommy Chieng.

"Kami menerima banyak penaja dari luar dan dalam negara. Apa yang boleh saya kongsikan adalah ada sebuah organisasi terbesar didunia turut berminat namun kami lebih pentingkan hala tuju dan pemikiran yang sama," katanya.

Tommy Chieng, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas SEM9 berkata SEM9 adalah singkatan dari SEAGM Esports Malaysia 9.

"Saya membayangkannya sebagai sebuah organisasi esports Malaysia yang terus-menerus menyediakan dan menyokong bakat-bakat Malaysia untuk merealisasikan impian mereka sebagai pemain pro. SEM9 juga akan menyediakan platform yang mencipta jalan kerjaya untuk bakat," katanya.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram