OUR STREAMERS

FIFAe Club World Cup 2022: GBX Esports Kebanggaan Negara!

Posted by Nadzreen on July 13, 2022

Berbaki 7 hari lagi FIFAe Club World Cup 2022 akan membuka tirainya di Bella Arena, Copenhagen, Denmark.

Perlawanan yang bakal berlangsung pada 20-23 Julai 2022 bakal diwakili pasukan tanah air kita iaitu GBX Esports.

Penampilan pertama buat GBX Esports di pentas akhir dan cabaran yang hebat menanti @ahmdakmalgt dan @luqmanhzq.

GBX Esports diundi bersama-sama 5 pasukan gergasi di dalam kumpulan D. Turut serta adalah pasukan NEO, TEAM GULLIT, DUX AMERICA, FNATIC dan DIRE WOLVES.

Kesemua perlawanan peringkat kumpulan yang melibatkan GBX Esports akan bermula pada jam 12:05AM (21 & 22 Julai 2022) sehingga jam 2:30AM (21 & 22 Julai 2022).

Kesemua perlawanan GBX Esports akan disiarkan secara rasmi di Facebook GBX Esports dan Gamesbond.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)