OUR STREAMERS

FIFAe Club World Cup 2022: Hajat Bertemu Pasukan Fnatic Tercapai!

Posted by Nadzreen on July 15, 2022

"Memang kami mahu berjumpa pasukan Fnatic kerana dua pemain mereka merupakan pemain terbaik dunia!," luah Luqman dan Akmal berkenaan pasukan mana yang mereka mahu berjumpa pada FIFAe Club World Cup 2022.

Menurut mereka, berada dalam kumpulan D yang juga kumpulan 'maut' tidak memberikan mereka tekanan kerana mereka juga mempunyai potensi yang boleh dibanggakan seiring pemain dari pasukan lain.

"Dua pemain ini merupakan pemain idola kami dan bila mengetahui mereka juga dalam pasukan sama, ibaratkan pucuk dicita ulam mendatang.

"Mereka merupakan pemain hebat dan pertemuan kami dan pasukan mereka bakal memberikan sesuatu pengalaman luar biasa buat kami," kata mereka.

Luqman dan Akmal serta bersama pihak pengurusan GBX Esports baru saja berlepas malam tadi ke Denmark.

Sementara itu, kehampaan mereka tidak dapat bermain pada tahun lepas sedikit sebanyak memberikan sinar baru buat mereka pada tahun ini.

"Pada tahun lepas kami juga layak namun pertandingan ini terpaksa dibatalkan kerana pendemik yang melanda.

Luqman dan Akmal turut menerima peruntukkan sebanyak RM30,000 dari Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan sebagai persiapan mereka disana.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)