OUR STREAMERS

FIFAe Club World Cup: GBX Esports 'Mengganas' Di Hari Pertama!

Posted by Nadzreen on July 21, 2022

Luar biasa! Itu yang boleh dikatakan dengan persembahan yang ditonjolkan dua pemain GBX Esports pada hari pertama.

Memperoleh 3 kemenangan 1 seri dan 1 kekalahan membolehkan pasukan ini berada di tempat kedua dalam kumpalan D.

Ternyata keserasian kedua pemain ini tidak dapat dinafikan dan kemampuan mereka memberikan kejutan kepada pasukan lawan mempunyai ranking lebih tinggi tidak mematahkan semangat mereka untuk mencapai kemenangan.

Pasukan 'underdog' ini mampu menumpaskan pasukan ternama yang sudah dikenali umum dan turut memberi kejutan kepada pasukan terbabit.

Inilah 'senjata rahsia' yang kita ada untuk membuktikan pasukan Malaysia juga mampu 'mendonia'.

Mampukah mereka mengekalkan momentum hari pertama pada hari kedua?

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)