OUR STREAMERS

#FYPMingguan: BERITA TERKINI MENGENAI DUNIA E-SUKAN TANAH AIR DAN LUAR NEGARA!

Posted by Nadzreen on December 20, 2022

eGG ingin memberikan pengalaman baru kepada peminat dan penontonnya apabila satu program berita yang memberikan nafas baru dalam pelbagai info terkini berkenaan berita semasa dari luar dan dalam negara.

Untuk episod pertama, bersama dengan penyampai berita Ikutoo dan ChuChu yang sudah diketahui mempunyai pengetahuan meluas berkenaan dunia e-Sukan.

Antara berita terkini yang dikongsikan adalah seperti Tundra Esports menjulang Aegis The International pada 30 Oktober lalu dengan hadiah terkumpul hampir 19 juta USD.

Selain itu, PUBG Mobile Global Championship 2022 akan dibahagikan kepada dua peringkat, liga dan akhir. Dengan hadiah terkumpul sebanyak 4 juta USD.

Kejohanan Telur Mata Cup dianjurkan oleh eGG memberikan slot kepada pasukan amatur ke PMNC kepada pasukan juara dan hadiah keseluruhahan RM50,000.

Pelancaran Pemainan Strategi Mobil, Godsome: Clash Of God dan tiga lagenda Dota 2 mengumumkan persaraaan mereka iaitu, Faith Bian, Somnus dan Matumbaman.

Pemain Dota 2 XNOVA, GHOST dan JT- sedang mencari pasukan baharu dan On The Go (OTG) tidak lagi bersama dengan pasukan Secret.

Karya Siri dokumentari Jalur 14 kini kembali merupakan idea asal dari eGG.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan #FYPMingguan setiap minggu ok!

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)