OUR STREAMERS

Geek Fam: Xorn Dominus Sehati Sejiwa

Posted by Nadzreen on August 29, 2021

Anda ada berapa ramaikah sahabat baik ketika ini? Siapakah mereka itu? Adakah sahabat baik ini sentiasa bersama dengan anda bukan sahaja semasa anda senang bahkan juga ketika anda dilanda musibah dan masalah?

Jika jawapan anda kepada kesemua persoalan di atas adalah positif, maka anda sangat bertuah kerana dikelilingi oleh sahabat sejati. Namun, jika anda menjawab tidak kepada kesemua persoalan tadi, maka sahabat yang ada sekadar untuk senang bersama tidak untuk berduka.

Kali ini penulis mendekati dua jiwa yang sudah lama berkenalan antara satu sama lain. Menghadapi pelbagai kesukaran bersama dalam kancah e-Sukan dan sering mendapat perhatian peminat setiap kali beraksi dalam pertandingan.

Jom kita dekati dua pemain dari Geek Fam iaitu Xorn dan Dominus.

Xorn


Nama penuh: Mohamad Zul Hisham Bin Mohd Noor
Umur: 21
Peranan: Multirole

Seorang pakar multi-role yang mempunyai banyak bakat. Xorn telah merekodkan 78.63% kadar kemenangan dan juga merupakan MVP musim biasa pada MPL Musim 5. Dari luaran nampak malu-malu – tapi sebenarnya kelakar dan mudah didekati. Berasal dari Kajang ini kalau nampak Xorn, jangan segan nak tegur. Mana tahu boleh dapat makan sate daripada seorang pemain pro.

Dominus

Nama penuh: Nik Aqieff Bin Nik Muhammed Muhyyiddin
Umur: 21
Peranan: Captain/Mage/Assassin

Sedikit mengenani Dominus yang pernah dinobatkan sebagai King of KDA semasa musim 3, dan ini membuktikan kelayakannya untuk mengetuai skuad Geek Fam. Pada masa lapang semasa tidak menjadi kapten atau, sering di 'troll' dengan Feekz, Dominus sukakan senaman berintensi tinggi untuk menghilangkan tekanan.

Keserasian

Bagaimana anda melihat atau mengetahui sekiranya rakan anda sedang menghadapi tertekan (stress)? Adakah anda akan mendekati rakan anda?

Xorn: "Susah nak tengok Dominus ni 'koyak' sebab dia ni kaki bahan orang, jarang la nak tengok dia stress ke. Dalam game pon dia boleh bahan orang ini dan dia ni penghibur dalam pasukan.

Dominus: Xorn seorang yang serius dalam game. Dia ni cepat sentap dan koyak kalau rakan lain buat hal tunggu kejap dia punya emo. Tapi dalam game jela, dia akan koyak dengan kami. Kalau dia koyak tu saya boleh tahu dia akan diam dan menyendiri dalam bilik. Bila dia keluar bilik tu saya akan tegur dan mula bersembang seperti biasa.

Makanan kegemaraan

Xorn: " Dominus ini kuat makan, ada saja makan berhampiran dengan dia tak kesah apa asalkan makanan. Dia suka makanan ringan seperti Mcd dan lain-lain. Dalam pemakanan dia tiada masalah senang cerita semua dia makan".

Dominus: "Xorn ni sukan makan nasi. Tak pernah lar dia tak makan nasi tak kesah lauk apa. Dia ni jarang makan, makanan ringan seperti saya. Tengok jela dia kurus macam tu je".

Musik kegemaran

Xorn: Dominus lebih sukakan genre RnB dan musik barat. Kalau dengar tu dah tau lar lagu siapa.

Dominus: Xorn ni nampak macam keras tapi hati ada taman. Sukakan lagu Kpop dan kumpulan kegemaran Blackpink, lain macam dia ni.

Dikenali Keluarga

Xorn: Kami memang rapat dan ibu bapa kami juga turut kenal dengan semua pemain. Keluarga kami juga dah kenal sesama mereka juga.

Dominus: Sebelum pendemik ini ibu bapa kami pernah bersama melihat kami bertanding dan di situ mereka saling mengenali.

Kena kacau di 'Gaming House'

Xorn: Peristiwa ini dah lama juga, saya dan Dominus terlihat ada 'sesorang' bermain pintu ketika kami sedang 'scrim'. Kami berdua saling melihat antara satu sama lain, nak cakap berani sangat tu tak la. Kami dah biasa dengan perkara ini.

Dominus: Kami pun tak tahu benda tu sekadar nak mengusik kami, yela dah jam berapa pagi kami masih gelak tak ingat dunia. Itulah pengalaman seram kami di gaming house.

Waktu lapang

Xorn: Kami akan keluarga beriadah disekitar kawasan rumah bersama sebab pendemik kan. Kalau dulu kami akan keluar tengok wayang dan lepak makan.

Dominus: Sama la, kami akan lepak bersama dan memang tak boleh nak pergi mana-mana. Sebelum pendemik, kami akan banyak keluar tak seperti sekarang.

5 tahun dari sekarang

Xorn: Mungkin saya akan berhenti bermain jika sudah berumah tangga dan fokus pada keluarga. Itu apa yang saya bayangkan lima tahun akan datang sekiranya sudah berumah tangga.

Dominus: Saya mungkin akan melanjutkan pelajaran dan mungkin akan menjadi sesorang di sebalik tabir dalam dalam e-Sukan ini. Masih jauh lagi untuk melihat apa yang akan terjadi.

Sukar untuk mendapatkan kawan sejati. Jika anda mempunyai kawan dan sahabat sejati sila hargai mereka. Kawan gembira ada di mana-mana, kawan bersedih jarang bersua.

Jangan lupa untuk kongsikan artikel ini kepada rakan sejati anda.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram