OUR STREAMERS

Gempak Most Wanted: Siapa Personaliti Gamer Tergempak Untuk Gempak Most Wanted Award 2022?

Posted by Nadzreen on October 12, 2022

Gempak Most Wanted memberi penghargaan kepada kehebatan pengguna-pengguna jaringan media sosial dalam menghasilkan kandungan yang diminati Netizen.

Terdapat sembilan kategori yang dipertandingankan dan diantaranya Personaliti Gamer Tergempak: Gamer yang bermain permainan elektronik seperti Dota, PUBG, Mobile Legends dan banyak lagi.

Pemilihan video-video viral ini akan disenarai dan diundi oleh para Netizen untuk menentukan pemenang yang layak mendapat pengiktirafan mereka menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted (GMW) yang bersiaran setiap hari Rabu Jam 9.30 malam di Astro Ria.

Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah, berkata Gempak Most Wanted (GMW) merupakan sesuatu yang unik dan berbeza dengan yang lain.

"Konsep 'chart show' di arus media perdana jarang sekali menjadi paparan berbanding dahulu. Kami ingin memperkenalkan semula konsep tersebut dengan menerapkan elemen terkini dengan pengambilan video-video atau topik-topik yang menjadi perbualan Netizen.

"Dengan gabungan kedua-dua elemen ini, terlahirlah rancangan baharu kami yang bakal memaparkan top video dan topik yang viral di dunia maya."

Menurutnya, penilaian video untuk kategori gamer dipilih berdasarkan nasihat dari pihak eGG siapa yang paling layak.

"Hingga minggu ketiga, video hantaran dari netizen berpihak kepada Soloz," katanya.

Tambahnya, buat julung kalinya juga, mereka akan menganjurkan acara kemuncak Gempak Most Wanted Award 2022 pada awal tahun hadapan.

"Kami ingin memberi peluang untuk memberi kuasa kepada para Netizen sendiri untuk memilih video-video dan topik yang mereka suka", katanya.

Dia berkata, personaliti dan kandungan yang ingin dicalonkan mestilah dihasilkan di antara tarikh 12 Oktober 2021 sehingga 12 November 2022.

"Netizen boleh mencalonkan personaliti dan kandungan kegemaran mereka bagi setiap kategori yang dipertandingkan bermula 12 Oktober 2022 sehingga 12 November 2022," katanya.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)