OUR STREAMERS

GLADIATRIX CUP: MADNESS ARIEL JULANG KEJUARAAN GLADIATRIX CUP!

Posted by Nadzreen on December 19, 2022

Madness Ariel melakar sejarah apabila menjadi juara Gladriatix Cup sulung apabila menumpaskan Reborn SG/BM pada perlawanan Grand Finals, semalam.

Perlawanan yang mendebarkan dan penuh dengan aksi menarik dipamerkan kedua-dua pasukan yang menginginkan kemenangan.

PIX KREDIT: MADNESS E-SPORT

Namun pasukan Madness Ariel bermain dengan sangat berdisplin dan mendominasi ketiga-tiga perlawanan sehingga tidak memberi peluang kepada pihak lawan.

Barisan pemain dari Madness Ariel, YANN, ARIA, FAIISTY, Capricorn, YUKII dan BUNNY dilihat sangat selesa dan persefahaman antara mereka jelas ditonjolkan pada Grand Finals.

Juara Gladriatix Cup membawa pulang MYR 8,000 dan satu slot ke MWI 2023 Februari nanti.

Dua pasukan terbaik dari Malaysia dan satu pasukan terbaik Singapura akan mendapat slot ke MWI 2023.

Dua pasukan dari Malaysia, Madness Ariel dan Zeg Iris manakala Reborn SG/BM akan mewakili Singapura.

Misi membalas dendam terhadap pasukan Singapura itu berjaya apabila mereka menang berjaya 3-0 pada Grand Finals, semalam.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)