OUR STREAMERS

Gladriatix Cup: Lapan pasukan terbaik bakal bersaing di pentas Playoffs Gladiatrix Cup!

Posted by Nadzreen on December 14, 2022

Berbaki dua hari lagi Playoffs Gladiatrix Cup akan membuka tirainya dan pastinya para pemain serta peminat teruja untuk menantikan hari bersejarah itu.

Playoffs akan bermula pada 16-17 Disember pada jam 2 petang dan Grand Finals pada 18 Disember pada jam 7.30 malam.

Lima pasukan wanita terbaik dari Malaysia dan tiga pasukan wanita terbaik Singapura bakal berentap untuk dinobatkan sebagai juara Gladriatix Cup.

Di braket atas pasukan Madness Ariel yang juga bekas juara Women Professional Championship (WPC) bakal berentap dengan pasukan Grayback Odyssey dan pasukan Zeg Iris bertemu pasukan Sponsor Us merupakan pasukan underdog.

Di braket bawah pula pasukan We Love Estes berentap dengan Reborn SG/BM dan Red Roses bertemu Rose Ophelia.

Pasukan manakah yang bakal mengondol gelaran juara Gladriatix Cup?

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)