OUR STREAMERS

GMW2022: KAMBING GOLEK PERSONALITI GAMER TERGEMPAK 2022!

Posted by Nadzreen on February 27, 2023

Kejutan buat peminat gamers tanah air apabila KAMBING GOLEK dinobatkan sebagai pemenang Personaliti Gamer Tergempak pada malam Anugerah Gempak Most Wanted 2022.

Ramai yang menjangkakan Soloz atau DaddyHood akan meraih anugerah itu namun undian yang diterima pemenang meninggalkan calon yang lain.

Kambing Golek atau Azean Abdul Malik tidak dapat menghadiri majlis itu namun wakilnya menyampaikan ucapan wa kambing forever.

Top 5 untuk anugerah Personaliti Gamers Paling Gempak, Jaa Suzuran, Soloz, DaddyHood, Kambing Golek dan Yana Samsudin.

Pemenang dipilih berdasarkan jumlah undian dari peminat yang mengundi sejak 15 Disember hingga 15 Januari lalu.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)