OUR STREAMERS

GR Velocity Esports Championship 2022: Latihan Selama Sebulan Sangat Berbaloi - Muhammad Iqbal Ahmad Suji

Posted by Nadzreen on August 7, 2022

Itulah ungkapan dari Sang Juara, Muhammad Iqbal Ahmad Suji, 24 selepas memenangi kejohanan GR Velocity Esports Championship 2022 tadi.

Menurutnya, kemenangan ini adalah yang pertama kali dan menangi hadiah utama RM20,000 merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat dirinya.

"Syukur, Alhamdulillah dengan kejayaan ini dan ini merupakan kejuaraan pertama buat saya selepas mencuba sebelum ini sebanyak tiga kali.

"Memang tak dapat nak gambarkan perasaan ini dan tahniah juga pada rakan-rakan yang turut memberi tentangan hebat pada Grand Final ini," katanya.

GR Velocity Esports Championship 2022 berlangsung pada 5 sehingga 7 Julai di Pusat Membeli Belah One Utama.

Turut bersama artis undangan seperti Zizan Razak, Nabil Ahmad, Nabila Razali, Khai Bahar dan lain lagi.

Anak kelahiran Selangor ini berkata, pencabar utamanya pada pertandingan ini merupakan bekas juara sebelum ini iaitu Taj Izrin Taj Madira.

"Dia merupakan rakan saya dan dia juga pencabar utama dalam pertandingan ini selain rakan yang lain," katanya.

Dia berkata kelebihan dirinya pada kali kejohanan kali ini adalah dari strategi taktikal dan teknikal pada setiap perlumbaan.

"Saya mencuba dengan berlumba hingga tayar haus dan stategi ini menjadi selepas tiada yang melakukan seperti saya," katanya.

Iqbal yang juga merupakan pelajar perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, dia berharap kejohanan seperti ini diadakan lebih kerap bagi memeriahkan lagi e-sukan pemotoran.

"Agar sukar untuk mencari pertandingan sebegini sebenarnya dan bila ada pastinya kejohanan yang besar sebegini.

"Untuk mencungkil bakat muda seharusnya pertandingan ini diperbanyakkan lagi," katanya.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)