OUR STREAMERS

IKUTO: Tiada Raya Buat Pasukan TODAK!

Posted by Nadzreen on April 22, 2022

Sudah dua tahun tidak dapat merayakan Hari Raya Aidilfitri kerana pendemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia dan kini tanah air kita sedang berada di fasa endemik.

Pastinya pada tahun ini, kita semua ingin menyambut hari raya dengan meriahnya bersama keluarga termasuk pemain profesional MLBB Todak.

Namun bagi pasukan itu, perayaan itu akan disambut bersama rakan-rakan buat tahun ketiga meraikan Hari Raya Aidilfitri demi mengalas tugas untuk mewakili Malaysia pada Sukan Sea tidak lama lagi.

Pengurus pembangunan e-sukan Todak Studios Sdn Bhd, Radzi Rahman lebih dikenali sebagai Ikuto berkata pemain Todak 'Diharamkan' untuk pulang ke kampung halaman masing-masing demi keselamatan dan kesihatan pemain dari dijangkiti Covid-19.

"Dengar macam kejam tapi itulah hakikatnya yang terpaksa diterima pemain demi mengalas tugas mengharumkan nama negara.

"Tiga tahun mereka tidak dapat beraya bersama keluarga mereka, sudah pastinya kerinduan untuk beraya bersama keluarga itu lebih membuak," katanya.

Menurutnya, jika pemain mereka 'terkena' Covid-19, pasukan Todak tidak akan dapat beraksi di Sukan Sea.

"Sangat ketat peraturan mereka dan pihak pengurusan kami serta perlu menjaga diri dari terkena jangkitan," katanya.

Sementara itu, dia berkata Todak sudah mula membuat latihan dan persediaan untuk ke Sukan Sea.

"Pemain kami sentiasa fokus dan sekarang fokus utama MPLMYS9 dan seterusnya Sukan Sea," katanya.

Semalam pasukan Todak memulakan aksi Todak 'Langgar' dengan menumpaskan pasukan SMG 2-0.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram