OUR STREAMERS

Kemunculan Lagenda Soloz Gegarkan MPL MY S11.

Posted by Nadzreen on March 28, 2023

Tanda tanya sama ada lagenda Mobile Legends, Soloz ataupun nama sebenarnya Muhammad Faris bin Zakaria akan bermain pada minggu ke-3 terjawab.

Rata-rata peminat mendambakan kemunculan pemain itu di pentas MPLMY pada musim ini memberikan impak besar dari jumlah tonton perlawanan itu.

Sudah tentu peminat dan pemain OG Mlbb dari luar negara juga menyaksikan kembalinya lagenda itu ke pentas MPL.

Soloz berkata, dia kembali menjadi pemain professional atas faktor inginkan kelainan selepas tiga tahun meninggalkan pentas itu.

"Saya bermain pada minggu ke-3 sebab sebelum ini tak ada masa dan ini hari free (Sabtu lalu).

Dia berkata, dia tidak gementar dan perasaan teruja untuk bermain itu lebih lagi.

"Saya ni biasa main role jungler, kira nak membantai saja tapi untuk kali ini kena main role marksman jadi nk membantai tu kena tunggu masa.

"Mereka risau kot masa saya main dan terlalu menjaga saya. Nak bantai pihak lawan jadi tertunggu dan geram," katanya sambil berjenaka.

Soloz berkata dia saja memberikan kekalahan itu kepada HomeBois supaya lebih beringat dan sentiasa berusaha untuk bangkit.

"Kalau menang je tak jadi apa juga nanti ada datang rasa bagus tu. Jadi bagi lar dorang menang dan kita dapat satu point juga dah cukup," katanya.

Namun begitu perlawanan itu berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Lunatix 2-1.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)