OUR STREAMERS

KOL: Daddyhood dan Soloz 'Curah' idea dan dana untuk pembangunan E-sukan Negeri Sembilan.

Posted by Nadzreen on September 23, 2021

Impak dua nama besar dalam industri E-sukan iaitu KOL Faris Zakaria 'Soloz' dan Nureddy Nursal 'Daddy Hood' mampu mendidik dan melahirkan ramai anak muda untuk berjaya dalam bidang e-sukan.

Daddyhood berkata mereka menerima jemputan dari Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani ke kediaman rasmi Menteri Besar bagi membincangkan hal pembangunan berkaitan e-Sukan.

"Saya dan Soloz ke Negeri Sembilan untuk membincangkan hal pembangunan E-sukan memandangkan YB Taufek antara yang paling agresif dalam menaikkan E-sukan di Negeri Sembilan.

"Antara kerjasama yang dibuat adalah bila mana dia terlibat sama dalam pembangunan pasukan PUBGM Profesional di sana iaitu TABAH NSEA," katanya, ketika dihubungi.

Apa yang membanggakan, Daddyhood dan Soloz turut menyumbangkan dana bagi pembangunan belia di Negeri Sembilan.

Sementara itu, mereka juga turut menyampaikan sumbangan skim perlindungan takaful kepada 500 'budak penghantar' rider bagi mengurangkan beban ditanggung golongan itu dalam satu majlis Skim Takaful Tabung Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (Tabah).

"Sumbangan ini kepada rider memandangkan rider antara frontliner sepanjang pandemik dan juga berisiko tinggi di jalan raya.

"Sebagai orang dalam industri Esukan ni, khidmat rider antara yang paling kerap kami gunakan sepanjang PKP ni. Bole kata hari-hari ada rider datang. Jadi, kita support kembali komuniti rider yang sentiasa berkhidmat untuk masyarakat," katanya.

Daddyhood berkata, pihaknya sering melakukan aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR)

"Saya dan rakan-rakan yang lain banyak kali melakukan aktiviti sebegini tetapi untuk program lebih teratur itu jarang diadakan," katanya.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)