OUR STREAMERS

Kreator Terkenal Bikin Gamat Betul-Betul Sembang Kencang!

Posted by Nadzreen on October 11, 2022

Siapa kata kreator-kreator pemalu dan tak reti borak? Haa. Kalau korang nak tahu mereka ini kaki Sembang Kencang tau!

Sembang Kencang adalah program yang membawakan kreator kegemaran anda bermain permainan video dan membincangkan topik hangat membabitkan dunia e-Sukan.

Antara kreator terkenal yang bakal membuat anda tak kering gusi did episod 1, Soloz, Afiq Chii, Melromeo, dan Jaja Zuber. Manakala di episod 2, Zynn Interpuret, 2EZ4JEPV, dan Tyaedros.

Kesemua kreator akan bermain Fifa secara 2vs2 dan kita dapat melihat siapa yang bakal dikalahkan serta mereka akan diasak peminat dengan soalan-soalan yang panas.

Selain itu, apa yang menarik pada program ini adalah peminat boleh bersama kreator kegemaran mereka secara dalam talian dan bertanyakan soalan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan kreator kegemaran anda pada 14 dan 21 Oktober 2022 ini pada jam 8 malam di siaran 800 eGG!

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)