OUR STREAMERS

M3: Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (M3) Blacklist International, RED Canids buka gelanggang

Posted by Nadzreen on December 6, 2021

Tinggal sejam saja lagi, tirai pembukaan M3 akan dibuka dan pastinya para peminat sudah tidak sabar dengan aksi-aksi yang bakal dipamerkan pasukan kegemaran mereka.

Sebelum bermula lagi, sudah banyak drama dan kecaman yang berlaku diantara pasukan dan tidak juga dari kalangan peminat yang gemarkan 'Provokasi' berlaku.

Jika tiada drama dan provokasi sudah pastinya kejohanan ini ibarat 'syok sendiri'. Namun itulah yang diinginkan peminat dengan drama-drama pada M3 kali ini.

Tepat pada jam 2 petang nanti, perlawanan pembukaan antara Blacklist International menentang RED Canids pastinya menjadi tumpuan peminat seperti yang diketahui kedua pasukan pastinya mahukan kemenangan pada perlawanan pertama.

Kumpulan A terdiri daripada pasukan Blacklist International, RED Canids, Malvinas Gaming, dan Bedel pastinya sudah tidak sabar untuk mempamerkan aksi terbaik mereka pada hari pertama peringkat kumpulan.

Blacklist International seperti diketahui adalah satu pasukan yang digeruni oleh pasukan lain dan mampukah Red Canids melakukan kejutan keatas pasukan lawannya?

Perlawanan kedua membabitkan pasukan Malvinas Gaming menentang Bedel. Mampukah pasukan dari Turkey ini membuat kejutan kepada pasukan dari Amerika Latin?

Tiada siapa yang mahu pulang dengan tangan kosong dan pastinya kesemua pasukan ingin berada pada upper braket pada peringkat playoff nanti.

Juara M3 akan menerima hadiah utama dengan kemenangan AS$300,000 (RM1.24 juta).

Jangan lupa untuk menyaksikan M3 secara live di siaran 800 eGG Network.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram