OUR STREAMERS

M3: Mampukah Sasa 'menjinakkan' Onic ID? Pemenang bakal berentap dengan Blacklist International

Posted by Nadzreen on December 13, 2021

Hari ini merupakan hari bagi pasukan-pasukan di lower bracket untuk mempamerkan aksi cemerlang mereka untuk melayakkan tempat bagi menentang pasukan yang tewas dari upper bracket.

Permulaan yang kurang baik bagi Juara MPLMYS8, SMG dalam saingan M3 ini, namun harini adalah hari penentuan buat pasukan mereka untuk meneruskan perjalanan ke Grand Final M3.

Jika pasukan SMG menewaskan pasukan Onic ID sebentar lagi, mereka akan bertemu dengan Blacklist International yang mengejutkan peminat apabila tumpas kepada pasukan 'Underdog' BTK.

Diketahui pasukan Blacklist International merupakan pasukan pilihan namun selepas kekalahan mengejut ditangan BTK sudah sepastinya pasukan lain juga mampu menewaskan pasukan ini.

Pemain SMG, Sasa dan Zaimsempoi adakah mereka sudah mempunyai rancangan untuk meranapkan ego pasukan Onic ID yang gemarkan melakukan 'taunting' agar mengacau fokus pemain lawan.

Semestinya, pengalaman Sasa yang pernah bermain bersama Onic ID akan digunakan sebaik mungkin.

Pasukan Onic ID juga bakal mengeluarkan rahsia mereka untuk mengekang pasukan SMG.

Pertembungan bakal bermula pada jam 12 tengah hari ini, dan sudah sepastinya peminat mengharapkan pasukan SMG layakkan ke peringkat seterusnya.

Jangan lupa untuk menyaksikan M3 secara live di siaran 800 eGG Network serta di Astro Go pada peranti anda.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram