OUR STREAMERS

M3: Meta 'lower bracket' Todak, dendam terbalas terhadap See You Soon

Posted by Nadzreen on December 14, 2021

Pertembungan perlawanan terakhir lower di lower bracket menjadi tumpuan apabila pasukan tanah air, Todak bertemu See You Soon dari Kemboja yang berkesudahan pasukan Todak menang 2-1.

Misi membalas dendam ini berjaya dilaksanakan dengan cemerlang yang sebelum ini pada MPLI, pasukan SYS menewaskan pasukan Todak.

Tertanya Jungler Todak, Cikugais yang menggunakan Paquito mendominasi perlawanan penentuan dan berjaya memperoleh MVP dalam perlawanan akhir.

Perlawanan pertama kelihatan Todak seakan hilang arah, namun itu adalah strategi pasukan Todak untuk melihat sejauh mana corak permain SYS.

Perlawanan kedua pasukan Todak berjaya menjinakkan pasukan See You Soon dengan sangat tenang dan seakan pemain Todak sudah mendapatkan 'lubuk' kelemahan pasukan lawan.

Pemain Todak Cikugais berkata, pada awal perlawanan pertama Todak memberi pihak lawan peluang mengambil hero Phoveus.

"Kami terlalu over confident dan hero itu adalah satu kelebihan kepada mereka dan kami tewas pada perlawanan pertama,"

Ditanyakan, mengapa berlaku berlaku perubahan role terhadap pemain Todak dan mengapa mereka berani melakukan perkara itu?

"Ini adalah kekuatan Todak, kami boleh bermain di mana-mana posisi dan hanya pasukan kami di M3 berani tukar 'role'. Kami lakukan sebegini membiarkan pasukan lawan tertanya dan mereka tidak berani bertukar role.

Ciku berkata, pasukannya ingin bertemu RRQ HOSHI di Grand Final untuk membalas dendam selepas tewas pada M1 dan upper bracket M3.

"Seperti 'Dejavu' dan kami ingin tamatkan ianya. Kami akan berusaha untuk ke Grand Final," katanya.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram