OUR STREAMERS

M3: Sejarah M1 berulang, Todak tewas 3-1 pada RRQ HOSHI

Posted by Nadzreen on December 13, 2021

"Alhamdulillah kami gembira, dan tidak sedih. Kami juga yang pertama pecahkan 'Winrate' Ling Albert," itulah kata-kata dari Hazim Firdaus, yang melihat persembahan anak buahnya selepas terpaksa akur dengan kekalahan 3-1 kepada RRQ HOSHI

Semalam, pasukan Todak dan RRQ HOSHI bertempur dalam perlawanan pasukan mana yang akan meneruskan perjalanan ke upper bracket dan pasukan mana akan dihantar ke lower bracket.

"Kami masih lagi berada disini dan akan bermain di lower bracket. Kami yakin akan ke Grand Final," katanya selepas tamat perlawanan.

Penantian peminat dan penyokong Todak pada perlawanan yang bermula lewat petang dan pada awal perlawanan pemain turut mengalami sedikit masalah teknikal namun ianya dapat diselesaikan.

Penggunaan Ling Albert sangat luar biasa dan dengan pemilihan hero Angela membantu Ling Albert memperoleh pertahanan yang sangat keras dan sukar untuk ditumpaskan.

Perlawanan pertama, pasukan Todak mendominasi pada awal permainan namun seperti yang diketahui pasukan RRQ HOSHI bermain sangat disiplin dan mampu membuat perubahan pada 'mid game' sehingga memperoleh kemenangan.

Perlawanan kedua pula, pemilihan hero sekali lagi tiada ban kepada hero Ling namun Albert menggunakan Lancelot. Pasukan Todak menggunakan hero Esmerelda bagi mengekang hero musuh namun pemilihan itu tidak membuahkan hasil bagi pasukan mereka.

Pada perlawanan ketiga, pasukan Todak seakan tidak mempunyai peluang namun, ketika pasukan RRQ HOSHI merusuh masuk untuk mengakhirkan perlawanan, pasukan Todak menunjukkan 'Comeback' yang sangat luarbiasa dengan Cikugais berjaya memperoleh 'Triple Kill' dan membuat counter kepada pihak lawan dan berjaya memperoleh kemenangan.

Namun pada perlawanan keempat, pasukan Todak melakukan kesilapan yang sama dan menghadiahkan kemenangan kepada pasukan RRQ HOSHI.

Satu lagi pasukan Malaysia bakal berentap pasukan SMG menentang Onic ID pada jam 12 tengah hari ini.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram