OUR STREAMERS

M3: Todak mahu berikan persembahan 'langgar' buat penyokong

Posted by Nadzreen on December 7, 2021

Hari kedua peringkat kumpulan Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (M3) pastinya lebih mendebarkan apabila pasukan tanah air, Todak akan beraksi pada jam 3 petang ini.

Dikatakan berada dalam kumpulan 'Maut', Todak kelihatan optimis untuk memastikan pasukan meraka berada pada braket atas (upper bracket) di Playoff nanti.

Mampukah Cikugais mempamerkan aksi agresifnya pada setiap perlawanan kumpulan ini dan adakah Moon akan menggunakan pengalamannya untuk membantu pasukan Todak memperoleh kemenangan hari ini?

Walaupun pasukan lawan Onic Esport (ID), Onic Esport (Filipina) dan Keyd Star (VK) di kumpulan itu tidak akan memberikan jalan mudah untuk pasukan Todak.

Sudah sepastinya, rakyat Malaysia terutama penyokong pasukan Todak mengharapkan pasukan ini mampu memberikan persembahan terbaik mereka selepas memperoleh tempat kedua pada MPL/MYS8.

Perlawanan pembukaan, dimana pasukan adik abang Onic Esport (ID) menentang Onic Esport (Filipina). Adakah pasukan Onic Esport ID akan memberi belas ehsan kepada Onic Esport Filipina?

Perlawanan yang dinantikan rakyat Malaysia, Todak akan menentang pasukan VK pada jam 3 petang ini. Mampukah Todak melanggar kesemua pasukan yang berada dalam kumpulan itu dan mara ke braket atas? Sama-sama kita nantikan aksi yang mendebarkan itu.

Jangan lupa untuk menyaksikan M3 secara live di siaran 800 eGG Network dan ikuti perkembangan M3 bersama kami.

Highlights

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram