OUR STREAMERS

M4: Debut TEAM HAQ Kurang Menyengat! ECHO Kejutkan RRQ HOSHI!

Posted by Nadzreen on January 2, 2023

Perlawanan pertama dalam kumpulan D antara Team Haq dan RRQ Akira dimenangi pasukan dari Brazil itu.

Dari segi permainan ditonjolkan ternyata kombo kembar Minn dan Mann mengucar-kacirkan pihak lawan sehingga mereka bermain dengan sangat berhati-hati.

RRQ Akira menantikan kesilapan dari pihak Team Haq yang membolehkan mereka melakukan kejutan menumpaskan semua hero dan menumbangkan menara tengah pasukan lawan.

Rekod tanpa kalah RRQ Akira masih belum dipecahkan oleh mana-mana pasukan dari awal musim sehingga kini.

Mampukah Team Haq bangkit dan mendapatkan peluang untuk berada di braket atas?

Perlawanan antara pasukan naib juara MPLIDS10 RRQ HOSHI antara pasukan Echo dari Filipina memberikan kejutan apabila pasukan tuan rumah itu tumpas.

Perlawanan yang sengit dipamekan kedua-dua pasukan membuktikan pasukan Echo lebih konsisten berbanding pasukan tuan rumah.

Pasukan RRQ HOSHI perlu menang untuk berada dalam braket atas pada peringkat Playoffs.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)