OUR STREAMERS

M4: ECHO PH JUARA KEJOHANAN DUNIA MLBB (M4) 'BENAM' BLACKLIST INTERNATIONAL!

Posted by Nadzreen on January 15, 2023

Satu persembahan luar biasa yang dipamerkan oleh pasukan ECHO PH apabila menentang bekas juara dunia M3, BLACKLIST INTERNATIONAL.

Di pentas ini mereka tumpas di tangan bekas juara pada peringkat final braket atas namun mereka bangkit menewaskan pasukan tuan rumah RRQ HOSHI pada peringkat final braket bawah dan bertemu kembali di Grand Finals.

Siapa yang menjangkakan pasukan ECHO yang merupakan Juara MPLPHS10 mampu membuat kejutan dengan menewaskan pasukan BLACKLIST INTERNATIONAL di peringkat Grand Finals.

Mereka mengeluarkan hero kegemaran pemain BLACKLIST INTERNATIONAL, Estes yang akan memberikan kelebihan pada pasukan itu.

Pasukan BLACKLIST INTERNATIONAL yang diketahui mempunyai keserasian antara pemain tidak dapat disangkal namun corak permainan yang ditonjolkan oleh ECHO PH sangat mendominasi permainan.

Mereka berjaya menghabiskan pihak lawan tanpa belas kasihan dengan meraih kejuaraan 4 berbalas 0.

Sang juara ECHO PH memiliki pemain berbakat luar biasa yang masih belas tahun mampu menjadi juara dunia.

Kejayaan ini juga sangat berarti buat pasukan ECHO PH kerana acara dunia seterusnya bakal diadakan di Manilla, Filipina.

Nantikan artikel selanjutnya bersama pemain ketika sidang media.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)