OUR STREAMERS

M4: FILIPINA DESTINASI KEJOHANAN DUNIA MOBILE LEGENDS: BANG BANG M5!

Posted by Nadzreen on January 15, 2023

Satu kejutan buat peminat MLBB apabila sebentar tadi diumumkan Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang M5 bakal diadakan di Filipina.

Perkara itu, diumumkan oleh Presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina Abraham "Bambol" Tolentino.

"Sudah lama kami mahu adakan di Manilla, Filipina namun disebabkan pendemik sebelum ini dan kini akhirnya impian peminat tercapai.

"M5 adalah kejohanan yang besar dan ini adalah satu permulaan untuk menjadikan Filipina, satu negara terkuat dalam e-Sukan terutama Mobile Legends ," katanya.

Pengumuman itu juga mampu menjadi suntikkan semangat buat pasukan BLACKLIST INTERNATIONAL dan ECHO PH yang bertarung untuk gelaran juara dunia.

Kejohanan dunia sebelum ini pernah diadakan di Malaysia, dua kali di Singapura dan Indonesia.

Jika pasukan BLACKLIST INTERNATIONAL memenangi kejuaraan ini mereka akan menjadi juara dunia dua kali berturut dan mampukah mereka akan melakukan kali ketiga berturut atau pasukan ECHO PH akan mendapatkan kejuaraan kali ini dan ingin menjadi juara buat kali kedua berturut di M5.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)