OUR STREAMERS

M4: HARAPAN TEAM HAQ KE BRAKET ATAS TERHENTI!

Posted by Nadzreen on January 7, 2023

Perlawanan yang penuh dengan debaran. Itulah yang boleh dikatakan pada perlawanan antara TEAM HAQ dan ECHO PH yang berkesudahan 2-3.

Dua perlawanan pertama berpihak kepada pasukan ECHO PH yang ternyata sangat selesa dengan penggunaan hero Karrie.

Tenyata diperlawanan ketiga dan keempat pasukan TEAM HAQ mula bangkit dengan menyekat penggunaan hero Karrie dan Grock.

Pada perlawanan penentuan pasukan ECHO PH dengan pemilihan hero Kaja dan Yu Zhong memberikan tekanan pada Ling Garry.

Menurut jurulatih pasukan ECHO PH, TICTAC berkata kekalahan mereka itu adalah kesilapan yang perlu mereka lupakan dan fokus kepada perlawanan penentuan

"Kekalkan rentak permainan walaupun kalah di perlawanan ketiga dan keempat serta jangan melakukan kesilapan," katanya.

Benbyqt berkata, perubahan role yang mereka lakukan memberikan mereka kemenangan mudah dan tiada kesalahan mereka lakukan.

"Kami dalam mood kemenangan pada perlawanan akhir," katanya.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)