OUR STREAMERS

M4: "JANGAN KETERLALUAN SEBELUM HABIS PERLAWANAN!". KEBOY ONIC ESPORTS.

Posted by Nadzreen on January 13, 2023

Itu reaksi pemain ONIC ESPORTS meraikan kemenangan menentang THE VALLEY sebentar tadi kerana yang tidak dapat mengawal perasaan sejurus tamat perlawanan.

Ternyata, ONIC ESPORTS dan RRQ HOSHI tidak mahu dimalukan dihadapan ribuan peminat mereka kerana bakal berentap untuk ke final braket bawah esok.

Kedua-dua pasukan ini mempunyai sejarah mereka dan corak permainan mereka tersendiri adalah kelebihan buat kedua-dua pasukan yang tidak mahu mengalah.

Menurut Jurulatih ONIC ESPORTS, Yepp berkata penggunaan hero LUNOX pada perlawanan keempat adalah berdasarkan drafting dari pihak lawan dan mahu melakukan kelainan.

"Penggunaan LUNOX Kairi di perlawanan keempat jelas memberikan impak kepada permainan dan ternyata hero ini menjadi tumpuan selepas ini.

Ditanyakan Kairi, mengenai gelaran pemain 'Jungler' terbaik di Indonesia tiada dalam impiannya namun dia lebih mahukan gelaran juara M4.

"Saya mahukan gelaran juara dan bukannya gelaran sebagai jungler terbaik," katanya.

Pemenang dalam perlawanan seterusnya akan menentang pasukan ECHO ataupun BLACKLIST INTERNATIONAL pada final braket bawah.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)