OUR STREAMERS

M4: Kata-Kata Semangat Anda Di Menara Kuala Lumpur?

Posted by Nadzreen on January 4, 2023

Adakah anda peminat MLBB dan mengikuti kejohanan berprestej M4 yang sedang berlangsung di Jakarta Indonesia? Dua pasukan kita TODAK dan TEAM HAQ sedang berjuang demi mengharumkan nama negara dalam temasya berkenaan.

Bagi memeriahkan lagi kejohanan itu, Moonton Malaysia mengambil inisiatif dengan menayangan kata-kata peminat buat pasukan Malaysia "Projection Mapping" di Menara Kuala Lumpur pada 6 Januari 2023 bermula dari jam 8-10 malam.

Dua pasukan kita memerlukan kata-kata semangat dari anda rakyat Malaysia bagi meneruskan kemaraan mereka dalam pertandingan itu.

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menyertai dengan memberikan kata-kata sokongan anda di ruangan komen di Facebook MPL Malaysia dan di Facebook eGG.

Siapa tahu mungkin kata-kata anda itu akan ditayangkan di Menara Kuala Lumpur dan menjadi tular.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)