OUR STREAMERS

M4: LAPHEL LUAH RASA KECEWA!

Posted by Nadzreen on January 11, 2023

M4: "Saya hanyalah seorang pengulas, tetapi saya rasa inilah masa untuk melakukan sesuatu". Itulah antara luahan yang tersimpan setelah melihat kekalahan dua pasukan TEAM HAQ dan TODAK, semalam.

Dia berkata, semalam hari yang sedih untuk ramai orang dan dia tidak dapat menghalang kritikan dari peminat terhadap prestasi pasukan Malaysia.

"Saya sendiri tak boleh nak halang critisim orang sebab kita dah sampai tahap yang kita tak boleh di manja kan lagi .

"Walaupun kerja saya ialah untuk bercakap dengan camera, but I believe i am a man of action . Its time to set a new standard of competition," katanya pada satu hantaran di Facebook, semalam.

Ujarnya, inilah masa untuk menetapkan satu tanda aras untuk memasuki pertandingan antarabangsa

"Masa untuk melabur pada dalam jurulatih dan pengurusan yang kukuh untuk pasukan pro, mempertimbangkan bootcamp di negara lain.

"Mencari cara yang betul untuk melatih juga sama penting dan masa untuk memahami yang latihan saja tidak mencukupi," luahnya.

Dia berkata, dia hanya seorang pengulas dan tidak tahu bagaimana untuk akan melakukannya namun jalan penyelesaian perlu ada untuk mengatasi masalah itu.

"Harap harap balik malaysia nanti, boleh lepak dengan moonton, team manager dan mungkin pihak kerajaan. Sama-sama kumpul tenaga untuk meningkatkan persaingan kualiti kita

"Kita perlu melakukan yang lebih baik untuk semua kejohanan antarabangsa." katanya.

Jelas kecewaan itu bukan dirasai oleh pengulas kita Laphel sahaja tetapi seluruh peminat MLBB Malaysia mahukan yang terbaik untuk MLBB Malaysia.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)