OUR STREAMERS

M4: "Mereka tidak bermain dengan baik ketika bertemu kami," ECHO PH!

Posted by Nadzreen on January 15, 2023

Kekalahan RRQ HOSHI kepada pasukan ECHO PH jelas sekali membuktikan pasukan dari Filipina sukar ditandingi.

Dua pasukan Indonesia tersingkir semalam, RRQ HOSHI menumpaskan ONIC ESPORTS untuk ke final braket bawah bertemu ECHO PH.

Pasukan RRQ HOSHI pada perlawanan pertama tewas dan menyamakan kedudukan satu sama pada perlawanan kedua.

Di perlawanan ketiga, pasukan ECHO PH memberikan tekanan kepada pasukan tuan rumah dengan melakukan serangan atas kesilapan pemilihan hero mereka.

Di perlawanan ke-4, RRQ HOSHI masih melakukan kesalahan dan mereka tidak dapat mencari punca kesilapan mereka.

Kesilapan itu digunakan sebaik mungkin oleh pasukan ECHO ESPORTS yang perlukan satu lagi kemenangan untuk ke Grand Finals.

RRQ HOSHI tumpas 3-1 kepada ECHO ESPORTS dan pasukan yang ke Grand Finals adalah BLACKLIST INTERNATIONAL dan ECHO ESPORTS.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)