
M4: SORAKAN RIBUAN PENONTON TIDAK GENTARKAN BLACKLIST INTERNATIONAL!
Perlawanan yang cukup mendebarkan! kedua-dua pasukan saling memberikan saingan untuk mendapatkan kemenangan disetiap perlawanan.
Namun ternyata juara bertahan, BLACKLIST INTERNATIONAL mempunyai kelebihan dari segi pemilihan hero kegemaraan mereka Estes dalam setiap perlawanan memberikan ruangan untuk mereka mara ke peringkat seterusnya.
Kedua-dua pasukan terpaksa bermain pada perlawanan penentuan apabila terikat 2-2 dan pemilihan hero seperti Barrat, Pharsa, Benedetta, Claude dan Estes sangat memberikan tekanan pada pasukan RRQ HOSHI.

Ohmyven33nus berkata dengan kehadiran penonton lebih 3,000 tidak memberikan kesan kepada mereka malah mereka mahu memberikan kejutan pada peminat RRQ HOSHI.
"Kami menjangka sorakkan dari peminat ini juga kena biasa kan juga sorakkan seperti ini selepas ini jika bertemu dengan Onic Esports di final braket atas.
"Iya menunjukkan kelebihan kami menggunakan hero kegemaran Estes memberikan gambaran awal kami akan memenangi perlawanan dengan mudah namun tidak sama sekali," katanya.
Jurulatih, Bon Chan berkata, RRQ HOSHI mutu permainan mereka lebih baik dari kejohanan dunia M3 sebelum ini.
"Tiada kelemahan tapi kesilapan kecil itu saja yang membuatkan mereka kalah dalam perlawanan penentuan," katanya.