OUR STREAMERS

M4: Tangisan Kegembiraan Keluarga Iringi Pasukan Haq!

Posted by Nadzreen on December 27, 2022

Tangisan, dakapan dan ciuman untuk anak tercinta bukanlah kerana kesedihan tetapi kerana gembira dengan pencapaian membanggakan dari anak mereka yang kini bermain untuk negara Malaysia dipersada dunia.

Jelas terpancar dari mata seorang bapa yang bangga melihat anaknya yang berangkat ke negara jiran untuk mewakili pasukan malah negara tanah air untuk pertandingan berprestij Kejohanan Dunia MLBB di Jakarta.

Neilham Nasuha, bapa kepada Lolla pemain Team Haq berkata dia amat berbangga dengan anaknya dan pasukan kerana berjaya memasuki pertandingan paling berprestej untuk MLBB.

"Siapa yang tidak berbangga dengan anak sendiri dan saya mendoakan pasukan Haq akan menjadi juara dunia.

Menurutnya, melihat perkembangan industri e-Sukan sudah mula menjadi perhatian pelbagai pihak memberi petanda permainan ini mempunyai masa depan yang cerah.

"Boleh lihat banyak pihak mula sedar akan e-Sukan ini, malah pihak kerajaan pun memberikan sokongan kepada pemain dan juga kepada organisasi yang terbabit.

"Sokongan dari keluarga amat penting buat pemain dan pasukan bagi memudahkan segala urusan mereka nanti," katanya.

Dia berkata satu keluarga dari Johor datang untuk mengiringi anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Jakarta.

"Saya mendoakan anak saya dan semua pemain bermain dengan baik agar kita menjadi juara dunia," katanya.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)