OUR STREAMERS

M4: THE VALLEY BERGERAK SENDIRI TANPA JURULATIH DAN TAJAAN!

Posted by Nadzreen on January 12, 2023

Kemenangan 3-1 keatas pasukan RRQ AKIRA memberikan satu lagi peluang untuk pasukan THE VALLEY bertemu pasukan FALCON ESPORTS.

Pasukan THE VALLEY bermain dengan sangat aggresif dan tidak memberi peluang kepada pasukan lawannya untuk melakukan serangan.

Mereka seakan mendapat keyakinan dalam pertandingan selepas menumpasan pasukan TODAK baru-baru ini.

Mobazane berkata, mereka layak untuk menjadi juara pada kejohanan ini kerana mereka adalah satu pasukan yang sangat berkerja keras untuk ke tahap ini.

"Kami bakal bertemu dengan mereka (pasukan emapt terbaik) dan kami bekerja keras kerana tiada gaji dan tiada sponsor dalam pasukan.

FWYDCHICKN berkata, cabaran di M4 baru bermula dengan empat pasukan terbaik sedang menantikan pasukan mereka.

"Pasukan besar seperti ONIC ESPORTS, BLACKLIST INTERNATIONAL, RRQ HOSHI DAN ECHO PH sedang bersedia untuk mengalahkan kami.

Dia berkata pasukannya ada sesuatu yang mereka tidak tonjolkan lagi dan masih menyimpannya untuk perlawanan lain.

"Kami ada hero kejutan yang bakal digunakan pada peringkat seterusnya," katanya.

Responya terhadap pasukan RRQ HOSHI yang tumpas semalam adalah disebabkan VYN tidak begitu hebat.

Pengurus pasukan THE VALLEY berkata, dia bukanlah jurulatih untuk pasukan kerana tiada jurulatih atau analis berada dalam pasukannya.

"Kami masih tiada jurulatih mahupun penganalisa namun tugas saya adalah memberikan mereka semangat agar tidak luntur ketika berhadap lawan.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)