OUR STREAMERS

M4: Tiket Kejohanan Dunia M4 Kini Mula Dijual!

Posted by Nadzreen on October 14, 2022

Tiket early bird Kejohanan Dunia M4 (M4) kini boleh didapati di Blibli, rakan kongsi tiket rasmi M4, di https://blib.li/M4, dengan tiket berharga IDR 30,000 (RM10) untuk peringkat kumpulan.

Promosi akan tamat pada 7 Disember 11:59 PM (masa tempatan, Jakarta) di mana terdapat diskaun 20% untuk 'early bird' . Selain diskaun 20%, peminat yang membeli tiket mereka semasa
Playoff MPL ID S10 dari 19 hingga 23 Okt akan menerima tambahan 10% daripada tiket mereka pembelian, menjadikan jumlah diskaun 30%.

Harga early bird IDR 24,000 (RM8) dan harga 30% IDR 21,000 (RM7) untuk peringkat kumpulan.

Namun bagi peringkat kalah mati, akan ada perubahan harga bermula dari IDR 40,000 hingga IDR 155,000 berdasarkan pembahagian mengikut tempat duduk.

Tempat Peringkat Kumpulan dan Akhir akan diadakan di Dewan XO dan Istora Senayan masing-masing, di mana peminat boleh mengalami pelbagai aktivti menarik di sana.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)