OUR STREAMERS

M4:Todak Jumpa Onic Esports; Team Haq Bakal Berhadapan Mobazane?

Posted by Nadzreen on December 8, 2022

Harini segala tanda tanya kumpulan mana yang bakal pasukan tanah air, Todak dan Team Haq akan diletakkan dikumpulan B dan D.

16 pasukan di bahagikan kepada 4 kumpulan A, B, C dan D.

Pasukan juara MPLMYS10 Team Haq diundi berada pada kumpulan D yang juga bersama RRQ Akira, The Valley dan S11 Gaming yang bakal memberi saingan kuat pada pasukan Haq.

Di kumpulan B, kalau sudah jodoh tidak kemana seperti pasukan Todak dan Onic Esports yang bakal menjadi perlawanan tumpuan.

Juara MPLIDS10, Onic Esports pastinya tidak akan memberikan kemenangan mudah pada Todak dihadapan ribuan peminat tuan rumah.

Turut berada di kumpulan B, pasukan Malvinas Gaming dan MDH Esports.

Adakah pasukan tanah air kita mampu memberikan kemenangan buat negara? Sama-sama kita nantikan M4 yang bakal bermula pada 1-15 Januari tahun hadapan.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)