OUR STREAMERS

M4: Todak Langkah Kanan, 'Langgar' Hari Pertama Peringkat Kumpulan!

Posted by Nadzreen on January 1, 2023

Dua kemenangan diperoleh pasukan tanah air, Todak untuk hari pertama merupakan langkah kanan buat pasukan itu ke braket atas Playoffs.

Corak permainan ditonjolkan pasukan Todak hari ini membuktikan mereka wajar diberi pujian dengan corak permainan agresif.

Perlawanan pertama Todak menentang Malvinas dikumpulan A menunjukkan pasukan Malaysia lebih bersedia dari segi pemilihan hero dan corak permainan.

Todak berjaya menamatkan perlawanan dalam masa 11:46 minit dan Cikugais berjaya mendapatkan Maniac dalam pertembungan itu.

Perlawanan kedua pula antara seteru dari negara jiran, Onic Esports yang ratanya diatas kertas memihak ke pasukan lawan.

Namun, dengan persiapan yang rapi dari pemain dan jurulatih membuktikan pasukan Todak sudah mengetahui strategi pihak lawan.

Malah pemain Todak melepaskan hero Fanny kepada pihak lawan.

Perlawanan antara kedua pasukan itu berakir pada minit 16:35 dengan Todak berjaya menunduk pasukan juara tuan rumah.

Persoalannya, adakah pasukan Onic Esports menyimpan senjata rahsia mereka atau pasukan Todak sudah tahu kelemahan mereka?

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)