OUR STREAMERS

M4: Todak Mara Ke Braket Atas; Falcon Esports 'Ratah' Blacklist International!

Posted by Nadzreen on January 4, 2023

Hari ke-3 berakhir dengan mendebarkan dalam Kumpulan A dan B untuk menentukan siapa yang akan ke braker atas.

TODAK memastikan penguasaan mereka pada peringkat kumpulan dengan menumpaskan MDH Esports.

Jungler Rival sentiasa menyerang pihak lawan MDH Esports, dan mendapatkan kawalan peta.

Dari situ, ia menjadi penguasaan penuh apabila pasukan Malaysia mengambil objektif tanpa bertanding.

TODAK segera menamatkan perlawanan, membolehkan mereka mengekalkan permulaan sempurna dan teratas Kumpulan B.

ONIC Esports menewaskan Malvinas Gaming walaupun pasukan Peru memberikan perlawanan yang kuat pada awal hingga pertengahan permainan.

ONIC Esports akhirnya menghapuskan mereka, mengambil Lord, dan menamatkan permainan.

Dalam perlawanan akhir Kumpulan A, Falcon Esports memberikan kejutan dengan menewaskan Blacklist International untuk memaksa mereka ke tie breaker.

Falcon Esports meneruskan rentak kemenangan mereka dan memenangi kedua-dua perlawanan tie breaker untuk menjadi pasukan pertama dalam Kumpulan A untuk melangkah ke braket atas.

Blacklist International menewaskan Incendio Supremacy dalam tie breaker berada dikedudukan kedua.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)