OUR STREAMERS

M4: TODAK 'TERKULAI' DIRATAH RRQ HOSHI!

Posted by Nadzreen on January 8, 2023

Tiga berbalas kosong! Itu yang terjadi pada perlawanan TODAK apabila tumpas menentang RRQ HOSHI pada perlawanan peringkat braket atas.

Ternyata corak permaianan dari RRQ HOSHI lebih kemas dan mengambil segala objektif dengan pantas mengakibatkan TODAK tidak mampu bersaing.

Boleh dikatakan, RRQ HOSHI bermain secara 'perfect play' dan pasukan TODAK juga bermain dengan sehabis main.

Pempegaruh, Daddyhood berkata secara keseluruhan TODAK bermain dengan baik namun kesempurnaan dan keserasian ditonjolkan RRQ HOSHI tidak dapat disangkal.

"Sangat sempurna corak permainan mereka dan pasukan TODAK bermain juga dengan sangat baik namun tiada rezeki.

"TODAK dan Team Haq akan ke braket bawah dan perlu menonjolkan corak permainan lebih berbeza selepas ini," katanya.

Ayuh TEAM HAQ dan TODAK! Bangkit dan buktikan pasukan Malaysia mampu menjadi juara dunia.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)