OUR STREAMERS

MCS2022: Todak Tunjukkan Jalan 'Pulang' Buat Onic Esports

Posted by Nadzreen on June 11, 2022

Perlawanan yang mendebarkan, bukan saja pemain merasakan bahkan penonton juga merasakan kegembiraan apabila pasukan Todak membuat 'comeback' pada perlawanan itu.

Pemilihan hero agak seimbang dengan pengambilan hero Wanwan buat Cikugais yang pada awalnya seakan mudah buat Todak untuk mendominasi perlawanan.

Namun dengan pemilihan hero Xavier Drian agak membimbangkan kerana sangat menjengkelkan sering menganggu dengan ulti yang menyakitkan.

Pasukan Onic Esport mendominasi perlawanan 23 kill berbanding 8 kill buat pasukan Todak.

Penguasaan mereka membuatkan Todak berulang kali kembali ke 'base' untuk mempertahankan menara kristal.

Diminit ke 20.49 ulti dari hero Atlas dan hylos berjaya membuatkan tiga hero lawan hilang arah dan terkorban dalam pertempuran itu.

Todak berjaya melayakkan diri ke peringkat Playoffs dengan hanya memerlukan satu kemenangan menentang Onic Esport dan berada ditempat ke-2 dalam kumpulan A.

Highlights

Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd
 (Tel: +603 9543 3838)